“ C
|
IK Irish, boss
panggil semua staf berkumpul.” Insyirah muncul di bilik Irish awal pagi Isnin
itu. Irish yang sedang mengemas mejanya ketika itu, terhenti seketika
mendengarkan arahan tersebut.
“Ada apa ya, Insyirah?”
Spontan Insyirah menjungkitkan bahunya.
“Tak tahulah. Mungkin ada hal penting nak diumumkan. Tak pun, gossip panas!” sempat Insyirah bergurau.
Mulutnya ditekup, cuba menahan tawanya daripada terburai. Irish turut sama
tergelak. Pagi-pagi begini ada sahaja perkara mencuit hati yang dilakukan oleh
gadis itu.
“Okay.
Sekejap lagi saya keluar.”
“Okay!”
sahut Insyirah sambil menunjukkan isyarat okay
dengan tangan kanannya sebelum berlalu pergi dari bilik tersebut.
Sebaik Insyirah menghilang, Irish bangun
meninggalkan kerjanya terlebih dahulu. Dia kemudian berjalan keluar dari bilik
dan berlalu ke ruangan tengah pejabat. Sesampainya dia di situ, semua pekerja
di tingkat itu sudah berkumpul. Tidak tahu ingin menuju ke mana, akhirnya Irish
menyertai Insyirah, Kak Maisarah, Farisya, Elaine dan beberapa staff lain yang berdiri di suatu sudut.
Selang beberapa minit menunggu, pintu
bilik Tengku Hafiy terkuak. Sejurus itu kelibat Tengku Haiyan dilihat berjalan
keluar dari bilik tersebut diikuti Tengku Hafiy. Dan di belakang Tengku Hafiy
pula kelihatan seorang lelaki yang segak berpakaian sut pejabat serba hitam.
Semua yang berada di situ berbisik antara satu sama lain, bagaikan
tertanya-tanya siapakah lelaki yang kini berdiri di sebelah Tengku Hafiy.
“Assalamualaikum dan selamat pagi
semua,” Tengku Haiyan memberi salam dan ucapan selamat pagi kepada
pekerja-pekerjanya. Salamnya disambut oleh semua yang berada di situ. “Tentu
anda semua tertanya-tanya kenapa saya memanggil anda berkumpul pagi ini.
Baiklah, tujuan saya memanggil anda semua ke sini adalah untuk memperkenalkan
anak lelaki saya, iaitu adik kepada Tengku Hafiy yang baru sahaja pulang dari
luar negara baru-baru ini. Sebelum ni beliau berada di UK, belajar dan bekerja
di sana selama beberapa tahun. Dan hari ini, beliau pulang ke sini untuk
memberikan khidmatnya dan sekaligus membantu kita untuk membangunkan lagi
syarikat ini,” jelas Tengku Haiyan. Barulah semuanya terangguk-angguk faham
selepas diberi penjelasan. “So ladies and
gentlemans, this is our Chief Financial Officer, Tengku Harrys Damien. Saya
harap anda semua akan berikan kerjasama pada beliau sebagai orang baru di sini sebaik mungkin.
Insyaallah.”
Selesai sahaja Tengku Haiyan memberikan
pengumumannya, kedengaran tepukan bergema di ruangan tersebut.
“Harrys.”
Tengku Haiyan memanggil anaknya itu untuk
memberikan sepatah dua kata di hadapan yang lain. Tengku Harrys mengangguk lalu
melangkah setapak ke hadapan.
“Assalamualaikum. Selamat pagi. As what Tengku Haiyan said just now.
Walaupun dah bertahun saya bekerja dan tinggal di tempat orang, tapi di sini
saya masih tetap orang baru. Banyak benda yang saya perlu belajar tentang
syarikat ini. Jadi saya harap anda semua akan memberikan kerjasama yang baik
untuk membantu saya. Terima kasih.” Tengku Harrys mengakhiri kata-katanya
dengan sebuah senyuman. Sekali lagi tepukan bergema.
“Baiklah, anda semua boleh bersurai dan
sambung semula kerja. Sebentar lagi Tengku Hafiy akan bawa Tengku Harrys untuk
pusing satu syarikat dan berkenalan dengan anda,” ucap Tengku Haiyan mengakhiri
perjumpaan pada pagi itu.
Semua staff mula beredar balik ke tempat masing-masing. Begitu juga
dengan Irish. Langkah dihayun ke biliknya untuk menyambung semula kerja yang
separuh tergendala tadi. Sesudah mengemas mejanya, dia bergerak ke bahagian rak
fail yang terdapat di sudut kiri bilik. Niat di hati ingin mengemas sedikit rak
itu yang agak tidak teratur kedudukan barang-barangnya. Sedang dia asyik
mengemas, pintu biliknya diketuk dari luar sebelum terdengar kuakan pintu
dibuka. Irish memalingkan tubuhnya menghadap pintu.
“Assalamualaikum, Irish.”
“Walaikumussalam.”
“Sorry,
ganggu sekejap. Ni... abang nak perkenalkan Harrys,” ujar Tengku Hafiy sambil
menepuk-nepuk bahu adiknya di sebelah. Adakalanya dia tersasul juga
membahasakan dirinya sebagai ‘abang’ di pejabat. “Dah jumpa kat rumah hari tu,
kan?”
Irish menganggukkan kepalanya. “Ya.”
“Ha, Rys! Ini abang kenalkan, Irish
Qiara Izzuddin. Irish ni adik Izzul.”
Irish menghadiahkan senyuman pada Tengku
Harrys sebagai salam perkenalan. Namun lelaki itu hanya memandang wajahnya
tanpa sebarang reaksi.
“Irish is our Financial Executive. So
after this, korang berdua akan banyak bekerjasama untuk uruskan hal
kewangan syarikat ni,” jelas Tengku Hafiy. Masih tiada reaksi dari Tengku Harrys, menyebabkan Tengku Hafiy mengalihkan
perhatian pada adiknya di sebelah.
“Rys! Kau dengar tak?” Tengku Hafiy
menepuk bahu adiknya agak kuat. Dan sergahannya itu menyentakkan Tengku Harrys
serta merta.
“Hmm? Ha... dengar, dengar.”
“Kau kenapa?”
“No.
Nothing.”
“Dah. Jom abang kenalkan kau dengan staff yang lain. Okay Irish, abang Fiy keluar dulu. Continue your work!” ujar Tengku Hafiy dan terus menarik bahu
adiknya untuk keluar dari bilik tersebut.
DIBAWANYA Tengku Harrys mengelilingi satu
bangunan Haiyan Holdings pagi ini. Hampir setengah hari jugalah Tengku Hafiy
mengambil masa untuk melawat semua jabatan yang ada bagi memperkenalkan adiknya
pada semua pekerja syarikat. Sambil itu dia turut menunjukkan sekitar bangunan
kepada adiknya agar lelaki itu dapat membiasakan diri dengan suasana di sini.
Akhir sekali, Tengku Harrys dibawa masuk ke dalam sebuah bilik pejabat yang
dikhaskan untuknya sebagai CFO Haiyan Holdings.
DIBAWANYA Tengku Harrys mengelilingi satu bangunan Haiyan Holdings
pagi ini. Hampir setengah hari jugalah dia mengambil masa untuk melawat semua
jabatan yang ada bagi memperkenalkan adiknya pada semua pekerja syarikat.
Sambil itu dia turut menunjukkan sekitar bangunan kepada lelaki itu agar dapat
membiasakan diri dengan suasana di sini. Akhir sekali, Tengku Harrys dibawa
masuk ke dalam sebuah bilik pejabat yang dikhaskan untuknya sebagai CFO Haiyan
Holdings.
“Okay, Harrys. This is your room.“ Tengku Hafiy bersuara sebaik mereka berada di
dalam bilik itu.
Tengku
Harrys memandang sekeliling bilik tersebut. Setiap sudut diperhatikannya. Agak
luas. Lebih luas daripada bilik yang pernah dihuninya sewaktu bekerja dengan
warga ‘orang putih’ di UK sebelum ini. Hiasan dalaman serta susun atur
barang-barang juga agak menepati citarasanya.
“How is it? Kalau tak suka dengan idea
abang ni, boleh request kat papa
untuk tukar designnya.”
“No, no, no! Everything’s fine to me.
Pandai jugak abang pilih ikut citarasa Harrys.”
“Abang
kenal kau dari kecik. Mestilah abang tahu!” Tengku Hafiy menumbuk lembut dada
adiknya. “Cuma satu benda je yang abang tak tahu pasal kau dari dulu.”
Spontan
Tengku Harrys memandang wajah abangnya. “What?”
“Pasal
perempuan.” Pendek sahaja jawapan lelaki itu. “Okaylah! Abang keluar dulu. Kalau ada apa-apa, your secretary ada kat luar. Have
a nice first day!”
Tengku
Hafiy lansung beredar meninggalkan adiknya yang masih terpinga-pinga dengan apa
yang diucapkan sebentar tadi. Sebaik pintu ditutup, Tengku Harrys melangkah
menuju ke
mejanya dan melabuhkan duduk di kerusi.
Kepalanya disandarkan ke belakang.
‘Irish’.
Nama itu masih terngiang-ngiang di
telinganya. Sejak mendengarnya pertama kali di majlis malam Sabtu lalu, dan
kali kedua adalah pagi tadi sewaktu diperkenalkan oleh Tengku Hafiy. Serasa
nama itu semakin melekat di mindanya.
“Irish Qiara.”
Akhirnya nama itu meniti di bibirnya
buat kesekian kali.
“HARI ni aku dapat rasakan jantung aku berdegup tak henti-henti!”
suara Zaryn yang bernada lemah gemalai itu memecah kesunyian mereka yang sedang
asyik menikmati ayam goreng di depan mata. Tengahari ini mereka mengubah
selera. Tekak terasa ingin menjamah makanan segera tersebut, lantaran sebuah
restoran KFC menjadi destinasi pilihan.
“Asal
pulak kau ni? Dah kena sampuk ke apa?” Insyirah yang berada di tengah-tengah
antara Zaryn dan Irish sedikit hairan melihat gelagat rakannya itu.
“Yelah,
mana taknya. Prince Charming dah ada
depan mata. Hmm... bersemangat pulak rasanya nak pergi kerja hari-hari macam
ni. Kau tahu, pagi tadi masa Tengku Hafiy perkenalkan adik dia kat aku, rasa
macam nak pengsan je time tu.
Kacaknya dia!” Zaryn menjawab dengan sepenuh hati tanpa menghiraukan lima
pasang mata yang sedang memandang ke arahnya.
“Yalah, Zaryn! I pun rasa macam tu masa salam dengan that guy tadi. Oh! He’s so awesome!”
“Hey,
amoi! Kau pun sama jugak? Tak padan dengan pelat dia. Ada hati!” serentak itu
Farisya memukul lembut lengan gadis Cina di sebelahnya.
“Korang
berdua ni tak habis-habis dengan berangannya, kan? Entah-entah Tengku Harrys tu
dah ada pilihan hati. Manalah tahu!” ngomel Insyirah lagi.
“Eh!
Bukan hari tu Kak Mai cakap Tengku Harrys tu susah nak dekat dengan perempuan
ke? Kan, Kak Mai?”
“Akak
cuma cakap apa yang akak tahu je, Ryn. Tu pun dari Tengku Hafiy. Tak tahulah
kalau sekarang ni dia dah berubah hati ke. Ataupun, dah terpaut dengan salah
seorang staff perempuan masa sesi
perkenalan pagi tadi ke.”
“Oh! Tak apa, tak apa! Kita tunggu dan
lihat je nanti. Yang penting Tengku Harrys telah berjaya mencuri hatiku!”
seloroh Zaryn agak kuat tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
“Ha,
yelah! We’ll wait and see. Siapa yang
Tengku Harrys dah terpikat, siapa yang dok melopong nanti! Betul tak, Cik
Irish?” tutur Insyirah sambil menujukan kata-kata itu pada Zaryn, dan kemudian
menoleh pada Irish di sisinya.
“Ya.”
Irish membalas ringkas, lalu mengukir senyum.
“Tengok!
Kalau aku jadi Tengku Harrys, dah sah-sah aku pilih perempuan macam Cik Irish yang
tak banyak cakap ni. Daripada kau yang bercakap tak tahu nak berhenti, boleh
pecah gegendang telinga lama-lama!” tingkah Insyirah sengaja mengenakan Zaryn.
Serentak itu tawa mereka berderaian di dalam restoran tersebut.
“Aku
setuju, In!” sokong Farisya, membuatkan Zaryn bertambah geram.
“Amboi!
Sedapnya korang kutuk aku. Tahulah aku tak cantik macam Cik Irish!”
“Eh,
tak adalah. Diorang bergurau jelah, Zaryn. Awak cantik. Siapa cakap tak cantik?
Kalau tak, takkan awak duduk bahagian paling hadapan kat syarikat tu. Sebab
orang suka tengok awak. Cantik.”
“Tengok! Cik Irish jugak yang baik pujuk
aku. Korang tak baik tau!” Zaryn mengomel sendiri melihatkan yang lain masih
mentertawakannya.
Sepanjang
mereka menghabiskan waktu rehat di situ, hanya topik berkenaan Tengku Harrys
sahaja yang menjadi perbualan. Bukan hanya mereka, bahkan satu bangunan Haiyan
Holdings sibuk memperkatakan tentang kehadiran lelaki itu. Terutama di kalangan
pekerja-pekerja wanita. Dan dalam sekelip mata sahaja nama Tengku Harrys
menjadi sebutan di syarikat pada hari itu.
No comments:
Post a Comment