P
|
“Baiklah,
semua boleh bersurai. Cuma saya minta construction and finance department untuk tinggal sebentar. Ada sedikit
taklimat yang saya ingin berikan.”
Mendengarkan
arahan tersebut, semua yang ada mula bersurai.
“Alright, saya nak maklumkan tentang satu
tugasan luar yang akan kamu semua hadiri,” jelas Tengku Hafiy memulakan
taklimatnya sebaik yang lain beredar keluar. Semua yang ada di situ
berpandangan sesama sendiri.
“Tugasan
luar? Ke mana, Tengku?” soal Henry, salah seorang jurutera syarikat.
“Kamu
semua akan turun melawat tapak projek pembinaan hotel lima bintang di Johor
Bahru. It’s emergency. Saya baru
terima laporan yang mengatakan ada sedikit masalah dengan projek tu. Isn’t it, Saiful, Hazman?”
“Yes, Tengku!” sahut Encik Saiful dan
Encik Hazman serentak. Sebagai ketua jurutera Haiyan Holdings, Encik Saiful
merupakan salah seorang yang memantau projek itu dari sini. Walhal dalam
sebulan, pasti dia akan turun ke sana bersama Encik Hazman selaku ketua arkitek
syarikat untuk memastikan projek pembinaan tersebut berjalan lancar.
“For your information guys, pembinaan
untuk fasa ketiga projek tu ada sedikit masalah yang mana ia telah ditimbulkan
oleh salah seorang pegawai kita di sana. Beliau sudah pecah amanah pada wang
syarikat. Akibatnya, bangunan fasa ketiga yang dah dua puluh lima peratus siap
tu mengalami keretakan dan sebahagiannya telah runtuh semalam.”
“What??!” beberapa suara kedengaran
terkejut menerima berita itu.
“Terkejut
bukan? Saya sendiri tak percaya bila dapat news
ni pagi-pagi tadi. Tapi nak tak nak, kamu kena percaya jugak.” Tengku Hafiy
menambah lagi. “So what all of you have
to do now, kamu semua telah diarahkan oleh Tengku Haiyan untuk pergi ke
sana. Siasat dan selidik masalah-masalah yang timbul then selesaikan semuanya secepat yang mungkin. Kita dah tak banyak
masa, guys! Client nak kita siapkan projek tu mengikul tempoh yang dah
ditetapkan.”
“Bila
kami kena pergi, Tengku? Dan berapa hari?” soal Encik Naufal pula.
“Esok. Berapa hari tu saya tak pastilah.
Bergantung pada keadaan. Kalau semua masalah cepat diselesaikan, cepatlah kamu
balik. Tapi saya diberitahu Encik Naufal juga terpaksa menghadiri seminar penting di Melaka hujung
minggu ni, kan?”
Seraya itu Encik Naufal menganggukkan
kepalanya.
”Okay,
beliau akan dikecualikan. Jadi, Puan Faridah dan Irish yang akan follow Tengku Harrys ke sana untuk
selesaikan masalah berkenaan kos projek. Encik Saiful, Encik Hazman and Mr. Henry, macam biasalah. Kalau
bangunan tu sampai dah runtuh macam tu, memang banyaklah yang you all kena settlekan. Especially
regarding the materials and suppliers. That’s
very very important! Setakat ni ada apa-apa masalah?”
Pertanyaan Tengku Hafiy itu disambut
dengan gelengan dari mereka. Semuanya seakan patuh dengan arahan yang telah
diberikan.
“Baiklah, kalau tak ada apa-apa semua
boleh bersurai. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar sepanjang kamu
berada di sana. Harrys.”
“Yes?”
“Kali ni abang tak boleh nak follow. Ada meeting penting
dengan Kementerian. Jadi, abang letak sepenuhnya tanggungjawab pada kau untuk
selesaikan kes ni. And do not forget, you
as a leader kena tengok-tengokkan jugak mereka semua ni sepanjang berada
kat sana. Make sure everything could be solved and the project is running
smoothly as usual.”
“Insyaallah,” balas Tengku Harrys ringkas.
“Good!
Alright, we’ll meet again in a meeting
after all of you come back here. Assalamualaikum.” Tengku Hafiy mengakhiri
taklimat itu dengan salam sebelum mereka semua beredar keluar dari bilik
meninggalkan dia dan Tengku Harrys berdua di situ.
“Tengahari ni kau lunch dengan
siapa?” tiba-tiba Tengku Hafiy bersuara.
“Dengan siapa lagi. Sorang jelah.
Kenapa?”
“Jom lunch dengan abang. Abang
pun tak ada appointment dengan client
hari ni.”
“Okay,” balas Tengku Harrys
spontan lalu bangkit dari kerusi. “See you this afternoon.” Langkahnya
terus diatur menuju ke pintu sebelum menapak keluar dari bilik mesyuarat
tersebut.
SEPERTI yang dijanjikan, dua beradik itu keluar
makan tengahari bersama. Tepat jam 1.00 petang, kelibat Tengku Hafiy sudah
terpancul di muka pintu bilik adiknya.
“Dah
belum, Rys? Jom. Lapar dah ni!” Tengku Hafiy menyapa adiknya yang masih
menghadap skrin komputer. Serentak itu juga Tengku Harrys bangun lalu mencapai
kunci keretanya di atas meja.
“Alright, let’s go. I’ll drive!”
Dua beradik itu beriringan menuju ke
tempat letak kereta yang terletak di hadapan bangunan Haiyan Holdings.
“Nak makan kat mana ni?” Tengku Harrys
bertanya pada abangnya sebaik kereta memasuki jalanraya.
“Mana-mana jelah. Janji perut boleh
isi.”
Tengku Harrys tidak bertanya lanjut.
Terus sahaja pemanduannya dihalakan ke sebuah restoran Melayu yang menyediakan
juadah masakan kampung. Lapan tahun berada di bumi asing, tekaknya sudah jemu
dengan masakan-masakan barat. Jadi bila sudah berada di sini, waktu untuk dia
kembali semula pada asal-usul keturunannya.
‘Adat resam orang Melayu jangan sesekali
dilupakan walau sejauh mana pun bumi asing kita jelajah.’
Itu antara kata-kata pesanan dari
papanya untuk mereka adik-beradik. Memang Tengku Haiyan tidak mahu anak-anaknya
hanyut dengan cara dan budaya luar. Pergilah ke mana sahaja anak-anaknya mahu
pergi. Tetapi adat dan budaya sebagai orang Melayu serta ajaran Islam jangan
sekali-kali dibuang. Harus sentiasa dipegang.
“Boleh
abang tanya sikit?” Tengku Hafiy memecah kesunyian antara meraka.
“Tanya
jelah. Apa dia?”
“Hati
kau masih belum terbuka lagi ke?”
“Terbuka?
Terbuka untuk apa?”
“Perempuan.”
Spotan jawapan itu keluar dari mulut Tengku Hafiy. Rasanya sudah tiba masa
untuk dia menyelami hati adik lelakinya ini. Pusing kepala dia memikirkan,
lebih-lebih lagi bila mamanya selalu menyuruhnya agar berbincang dengan Tengku
Harrys mengenai perkara tersebut. Namun seperti biasa lelaki itu hanya
menyepikan diri.
“Bila
lagi, Rys?” Tengku Hafiy menyoal lagi apabila tiada jawapan yang keluar dari
mulut adiknya.
“Nantilah.”
“Nanti
tu sampai bila? Umur kau sekarang pun dah dua puluh sembilan tahun. Nak kata
poket kosong, rasanya poket kau lagi tebal dari abang dengan kerja kat UK tu.
Petik jari je kau boleh beli semuanya, kan. Dulu bolehlah kau bagi alasan nak
fokus pada career dulu. Sekarang dah tak boleh nak bagi alasan tu dah.
Lagi-lagi dengan mama. Ni... telinga abang ni yang penat kena leter dengan mama
sebab kau, tahu tak?”
Mendengarkan
kata-kata abangnya itu, spontan ketawa Tengku Harrys terhambur.
“Tengok?
Orang cakap dia boleh ketawa pulak! Kat UK dulu takkan tak jumpa sesiapa?”
“Tak
berminat.”
Sudah
terjangka oleh Tengku Hafiy. Itulah jawapan yang selalu akan diberikan. “Habis
tu, sampai bila-bila pun takkan jumpalah kalau macam tu.”
“Nantilah,
bang. Kalau ada jodoh, adalah. Insyaallah.”
Spontan
Tengku Hafiy menoleh. “Dah ada ke?”
“Apa
yang dah ada?”
“Calonlah.
Bunyi macam dah ada je!” duga Tengku Hafiy. Namun dilihat adiknya di sisi hanya
tersenyum. Soalannya juga dibiarkan berlalu tanpa sebarang jawapan.
“Hmm,
kalau dah ada baguslah. Tak adalah kau dengan abang-abang ni sekali kena
berleter dengan mama lagi. Tapi, kalau belum ada...,” ayat Tengku Hafiy
terhenti di situ.
“Kenapa
kalau belum ada?” Tengku Harrys menjeling sekilas abangnya di sebelah.
“Siap-siap
jelah. Mama tu dah get ready je nak carikan calon isteri untuk kau!”
selamba Tengku Hafiy menjawab. Ingin melihat reaksi dari Tengku Harrys. Namun
adiknya itu kelihatan tenang sahaja.
Dan
kereta BMW 6 Siries Coupe berwarna Tanzanite
Blue itu terus meluncur laju menuju ke destinasinya.
No comments:
Post a Comment