Friday, December 2, 2016

BAYANGAN GURAUAN ~ SPECIAL TEASER 5







ARE you okay?” suara Tengku Harrys memecah kesunyian sambil mengerling sekilas gadis di sebelahnya yang hanya diam tidak berkutik. Sejak meninggalkan rumah semasa dia menjemputnya tadi sehinggalah ke saat ini, dilihat Irish hanya membisu seribu bahasa sambil membuang pandang ke luar tingkap. Rutin yang biasa dilakukan setiap kali berada di dalam kereta bersamanya. Sedikit pun gadis itu tidak melihat ke arahnya.
            Teguran itu menyentakkan Irish dari lamunan. Segera dia menoleh. “Hmm.”
            “Tak sihat ke?” soal Tengku Harrys lagi bila jawapan yang diberikan Irish tadi tidak menyakinkannya.
            “Taklah. Saya okay.
            Hanya itu jawapan yang terbit dari mulut Irish. Dia kemudian mengalihkan semula pandangan ke luar. Apa yang diucapkannya sebentar tadi nyata berbeza sama sekali dengan apa yang dirasakan saat ini. Tidak tahu mengapa hatinya resah untuk hadir ke majlis yang diadakan di rumah Tengku Arham sebentar nanti. Malah semasa Tengku Harrys memaklumkan tentang perkara itu di pejabat semalam, hatinya berbelah bahagi untuk menerima pelawaan tersebut. Tetapi bila mengenangkan perasaan lelaki itu serta ahli keluarganya yang lain, dia jadi tidak sampai hati untuk berkata tidak.
            “Awak tak okay ke nak pergi rumah Pak Ngah?”
            Sekali lagi Irish menoleh. Lelaki ini tahu sahaja apa yang tersirat dalam hatinya.
            “Kalau tak okay, we don’t have to go.”
            “Eh, tak adalah. Saya okay.”
            “Habis tu, kenapa diam je?”
            “Saya tak tahu nak cakap apa.”
            Jawapan itu mengundang tawa di bibir Tengku Harrys. Sekilas dia mengerling ke sebelah. Irish kelihatan cantik malam ini. Hanya dengan dandanan ringkas serta penampilan yang sederhana sudah cukup untuk membuatkan gadis itu kelihatan menarik di matanya.
            Kereta BMW 6 Coupe itu terus memecut laju membelah malam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Selang beberapa minit berlalu, ia tiba di hadapan sebuah banglo mewah yang diterangi kerlipan cahaya lampu.
            “Come.”  
            Tengku Harrys sudah berkira-kira untuk melangkah sebaik punat alarm kereta ditekan. Namun niatnya terhenti bila melihat Irish hanya tegak berdiri di sisi keretanya. Dia tahu Irish tidak selesa untuk ke majlis malam ini. Riak wajah gadis itu sudah cukup untuk menjelaskan. Perlahan Tengku Harrys bergerak merapati gadis itu.
Don’t worry. I’m here with you.”
Dengan separuh hati, Irish menuruti langkah Tengku Harrys. Dari jauh sudah terlihat kelibat Tengku Hafiy sedang bersembang bersama Helena di salah sebuah meja di laman banglo itu. Lansung Tengku Harrys membawa Irish untuk duduk menyertai mereka.
            “Hai, guys! Dah lama sampai?”
            Satu suara menyapa tiba-tiba saat mereka berempat sedang rancak bersembang, sekaligus mematikan perbualan di meja itu.
            “Hai, Lissa. Lama tak lamalah. Anyway girl, happy advanced birthday!”
            Ucapan itu membuatkan Tengku Melissa tergelak. “Thanks, Fiy! Belum masanya lagi dah sambut, kan? I tak nak tapi my mom nak buat sekali. So, ikut jelah.”
            “Okaylah tu. Untung ada orang nak buatkan. Yang you tak siap lagi ni kenapa? Bukan majlis dah nak start ke?” Tengku Hafiy bertanya bila melihatkan sepupunya itu hanya berpakaian biasa sahaja di tengah-tengah orang ramai begini. Sedikit pelik baginya kerana Tengku Melissa yang dia kenal tidak gemar berjumpa dengan orang sebelum dirinya ‘lengkap’ terlebih dahulu.
            “Itu masalahnya sekarang! Baju yang I tempah khas untuk malam ni boleh tak siap! Tu yang I tengah pening kepala nak pakai baju apa ni!”
            “Alaa, Lissa. Apa susah. You kan banyak collections dalam wardrobe. Pakai jelah balik. Bukan orang tahu pun.” 
            “Hmm... betul jugak cakap you, Fiy. That’s a good idea. But... I need someone’s help to assist me might be.”
            “Untuk apa?”
            “Tolong I pilihkan baju yang sesuailah. Ermm… Irish. You boleh tolong I, kan?”
            “Hmm?” Irish sedikit kaget. Perlahan dia menoleh Helena di sebelah, kemudian Tengku Hafiy sebelum berakhir pada Tengku Harrys di hadapannya. ‘Macam mana ni? Nak ikut ke tak nak? Yang jantung aku ni pun tiba-tiba berdebar ni kenapa pulak!’
            “Boleh, Irish?”
            Irish kembali mendongak memandang Tengku Melissa. Serba salah diri jadinya. Separuh hatinya ingin mengatakan ‘ya’ untuk membantu. Tetapi separuh hatinya lagi begitu berat untuk menunaikan permintaan tersebut. 
            “Irish? Are you okay with that?”
            “Ya. Boleh.”  
            “Alright! Thank you! So, jom. Kita naik atas pergi bilik I.
            Dalam separuh rela Irish bangun juga dari kerusinya. Namun sebelum melangkah, sempat dia melirik pada Tengku Harrys dengan satu pandangan yang agak berat.
            “Rys, kau tak rasa pelik ke?” Tengku Hafiy menyoal setelah Irish dan Tengku Melissa meninggalkan meja tersebut.
            “Pelik kenapa?”
            “Tak adalah. Abang macam pelik je tengok si Lissa tu malam ni. Biasa everything she wear from the top to bottom, mana pernah minta pendapat orang. Selalu ikut taste dia. Semua orang tahu kut! Tapi malam ni minta tolong orang lain, dengan Irish pulak tu, orang yang dia tak familiar. Don’t you think that something smell fishy here?”
            “El pun rasa macam tak sedap hati jugak. Bukan nak sangka buruk. Cuma risaukan Irish je. Dia pertama kali ke sini,” tambah Helena.
            Tengku Harrys terdiam. Wajah Tengku Hafiy dan Helena ditenung silih berganti. Ingatkan hanya dia seorang yang berperasaan demikian. Ikutkan memang dia tidak mahu Irish pergi tadi. Namun dia tidak mahu terlalu cepat membuat andaian.
“Tak ada apa kut. She’ll be fine.” Akhirnya Tengku Harrys bersuara.
“Tak apa! Kita tunggu dulu. Kalau dalam masa setengah jam Irish tak keluar jugak, kita masuk cari dia. Jadi apa-apa kat Irish, masak abang nak jawab dengan Izzul nanti!”


#BayanganGurauan
#AkanDatangJanuari2017
#GrupBukuKarangkraf
#Alaf21



No comments: