Saturday, December 10, 2016

BAYANGAN GURAUAN ~ SPECIAL TEASER 6







             KEADAAN di dalam kereta senyap sunyi sahaja tanpa sebarang perbualan. Sesekali Tengku Harrys menjeling ke sisinya, melihat Irish yang hanya duduk diam tidak berkata. Tiada tanda-tanda gadis itu ingin berbual-bual bersamanya. Lelaki itu tersenyum nipis. Kacamata hitam yang sedikit melurut, dibetulkan kembali kedudukannya.
            “Senyap je.”
            “Hmm?” Spontan Irish menoleh ke sebelah. Habis terbang segala lamunannya dek teguran itu. “Tengku cakap dengan saya ke?”
            “Entah. Cuba tengok kat seat belakang tu. Ada orang kut!”
            Mendengarkan itu, terus mata Irish melilau melihat tempat duduk belakang. Namun kerusi tersebut kelihatan kosong sahaja. Irish kembali memandang Tengku Harrys.
            “Mana ada orang.”
            “Tak ada orang? Maknanya saya bercakap dengan awaklah, kan?”
            Irish mengetap bibir. Sedar dirinya sudah terkena. Lalu dia kembali membuang pandang ke luar jendela. ‘Sabar, Irish. Sabar. Ada ubi ada batas.’
Tengku Harrys cuba menyembunyikan senyumannya di balik tangan. Dia tahu dia telah mengundang rajuk Irish. Tetapi dia suka. Dia suka dengan momen sebegini. Ini kali pertama kerusi di sebelahnya kembali terisi dengan tuannya. Selama hari ini hanya bayangan gadis itu sahaja yang menemani. Tetapi hari ini, tiada bayangan lagi. Sebaliknya dia sedang berdepan dengan kenyataan bahawa Irish telah kembali semula ke sisi. Dan dia mengharapkan keadaan ini akan kekal sampai bila-bila.
            Tengku Harrys mengerling ke arah Irish sekali lagi. Tidak banyak yang berubah tentang gadis ini. Segalanya masih sama seperti dulu. Cuma satu perkara yang sudah banyak kali dia perasan, gadis di sebelahnya ini sudah tidak sependiam dulu. Walaupun masih terselit juga sifat itu kadangkala, tetapi sekurang-kurangnya sudah banyak kedengaran suaranya bila bercakap. Dan satu lagi perubahan pada Irish adalah dari segi penampilannya. Irish yang kini nampak lebih berkeyakinan.
            “Tak sudi nak cakap dengan saya?”
            Perlahan Irish mengalihkan pandangannya pada Tengku Harrys semula. Niatnya untuk membiarkan sahaja lelaki itu kerana mengenakannya tadi, serta-merta pergi.
            “Tak adalah.”
            “Then, dari tadi asyik pandang luar?”
            “Saya ingat Tengku yang tak nak cakap dengan saya.”
            “Ada ke saya cakap macam tu?”
            “Tak.”
            “So, what’s the problem?”
            Irish tertunduk membisu. Dia tidak nampak apa-apa masalah pun. Cuma dirinya sahaja yang tidak berani untuk bercakap dengan lelaki di sebelahnya. Memikirkan sikap dingin Tengku Harrys terhadapnya, juga mengenangkan segala penjelasan Izzul tentang lelaki ini selama ketiadaannya, ke mana harus dicampakkan selaut rasa bersalah yang sedang bersarang dalam diri? Pada lelaki ini? Pada keluarganya? Semua itu benar-benar mendera jiwa serta perasaannya.  
            “Irish?”
            “Hmm?”
            “Are you okay?”
            “Ya.”
            “Marah pasal tadi?”
            “Tak ada sebab saya nak marahkan Tengku.”
            “Then, talk to me. Or you want me to keep avoiding you forever?”
            Irish memejamkan mata. Nafasnya dihela dengan perlahan sebelum kembali memandang Tengku Harrys. “Okay. Tengku nak cakap apa?”
            “Apa je. Tapi sebelum tu, can you please stop calling me Tengku.”
            “Kenapa pulak?”
            “Saya tak suka.”
            “Selama ni saya tengok Tengku okay je?”
            “I ever request it once, Irish. Lupa?”
            Serta-merta ingatan Irish kembali melayang pada undangan makan malam di villa Tengku Haiyan dulu. Waktu dia mencuci pinggan di dapur seorang diri dan lelaki itu menemaninya. Ketika itulah Tengku Harrys memintanya agar menukar panggilan tersebut.
            “Tapi nanti apa orang lain cakap?”
            “Awak pentingkan cakap orang lain atau pentingkan perasaan saya? Kalau awak boleh buat pada abang saya, kenapa tak dengan saya? Lagipun saya tunang awak. Remember that.”          
            “Jadi, Tengku nak saya panggil macam mana?”
            “Up to you. Selagi bukan Tengku. Tapi saya tak paksa. Awak boleh teruskan dengan panggilan tu kalau awak selesa. Cuma jangan salahkan saya kalau saya pun terus treat awak macam orang asing, Irish. What we give, we get back. Isn’t it?”

Tengku Harrys merenung mata Irish di sebalik kacamata hitamnya saat kereta terhenti di lampu merah. Dan renungannya hanya berakhir setelah lampu isyarat di hadapan bertukar menjadi hijau. Terus sahaja kakinya menekan pedal minyak sebelum kereta BMW 6 Coupe itu menderu laju di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.


#BayanganGurauan
#AkanDatangJanuari2017
#GrupBukuKarangkraf
#Alaf21


No comments: