Friday, December 16, 2016

BAYANGAN GURAUAN ~ SPECIAL TEASER 7







“ACIK Irish! Telefon Acik Irish bunyi!!” teriak Rafiqin, anak sulung Iman tiba-tiba di ruangan itu bersama sebuah telefon di tangan.
“Ada orang telefon ke, Rafiq?” soal Irish.
“Ha’ah. Uncle Harrys!”
Kata-kata Rafiqin itu serta-merta membuatkan hampir seisi ruang tamu tersebut mengalihkan perhatian padanya.
“Mana Rafiq tahu Uncle Harrys? Pandai jelah, kan!” Iman cepat-cepat mencelah.
“Dah kat telefon tu Rafiq tengok keluar nama Harrys. Mestilah Uncle Harrys yang telefon Acik Irish. Lainlah kalau nama tu yang keluar kat telefon mama. Tapi takkan Uncle Harrys nak call mama kut!”
“Ishh, budak ni! Pandai je dia menjawab, kan!” tingkah Iman pada anaknya. Spontan ruang tamu itu dipenuhi dengan gelak ketawa. Irish segera bangun mendapatkan telefonnya dari Rafiqin. Memang benar kata anak buahnya itu bila melihat nama yang tertera di skrin telefon.
                       
“Assalamualaikum..”

Irish memberikan salam sebaik menjawab panggilan telefon yang berdering kembali sejurus selepas dia memasuki bilik. Deringan pertama tadi tidak sempat untuk diangkatnya memandangkan dia berada di ruang tamu. Sebentar kemudian terdengar suara lelaki di hujung talian menjawab salam yang diberikan.

“Waalaikumussalam. Kenapa lambat jawab? Is everything okay?”
“Ya, okay. Saya ada kat depan tadi. Buat persiapan wedding sikit dengan yang lain.”

Tengku Harrys hanya terdiam mendengarkan jawapan Irish. Sejenak, tiada suara kedengaran. Sehinggalah Irish bersuara kembali.

“Are you still there?” 
“Yes.”
“Ada apa awak call saya?”
“Saja. Just call my fiance. Tak boleh?”
“Saya tak cakap macam tu pun.”

Kedengaran suara Tengku Harrys tergelak kecil di talian. Walau hanya sekejap, namun sudah mampu membuatkan jantung Irish berdegup laju saat ini.

            “How’s your preparation?”
            “Setakat ni, okay. Alhamdulillah.”
            “Kalau ada apa-apa masalah, just let me know.”
            “Tak apa. Saya boleh uruskan nanti.”
“Awak bakal isteri saya, Irish. So from now on, everything about you will be my responsibility.” 

Irish terdiam. Kata-kata yang dituturkan oleh Tengku Harrys sebentar tadi membuatkan hati wanitanya tersentuh. Tanpa sedar, matanya mula berkaca.

            “Harrys....”
            “Hmm.”
            “Terima kasih.”
            “Untuk apa?”
            “Everything.”
            “Are you crying?”
            “No.”
“Suara awak tak pandai menipu, Irish.”
           
Kali ini suara Irish pula kedengaran tertawa di talian, serta-merta perasaan sedih yang bertandang sebentar tadi beransur hilang.  

“Kenapa menangis?”
“Tak ada apa-apa.”
“Irish... saya tahu hidup awak dah penuh dengan kepedihan. Orang lain takkan dapat rasakannya kecuali awak sorang. Dan saya tahu susah untuk awak lupakan semuanya sekelip mata. Saya takkan paksa awak untuk buang semua tu. Yang saya minta cuma satu. Dalam banyak-banyak kepedihan yang awak dah lalui, pasti masih terselit kebahagiaan di celah-celahnya. Jadi beri diri awak peluang untuk rasai kebahagiaan tu macam orang lain.”

Ayat Tengku Harrys terhenti di situ bila telinganya menangkap suara tangisan Irish yang kembali kedengaran di hujung talian, walaupun gadis itu cuba menahan daripada didengarinya.


#BayanganGurauan
#AkanDatangJanuari2017
#GrupBukuKarangkraf
#Alaf21



No comments: