Wednesday, January 24, 2018

CHAPTER 4 : SEJIWA (Sekuel Bayangan Gurauan)





WANITA itu berjalan keluar dari bilik. Sejak tadi dia tak nampak bayang Tengku Harrys. Selepas mereka makan malam bersama. Ke mana lelaki itu pergi? Keluarkah?

Mata terus melirik tempat gantungan kunci di dinding. Kunci kereta masih terletak elok di tempatnya. Ruang tamu gelap. TV juga tertutup. Cuma pintu ke ruang balkoni saja kelihatan terbuka. Bersama cahaya dari unggun api yang menyala.

Di situkah dia?

Perlahan Irish menapak ke balkoni luar. Dan telahannya benar. Tengku Harrys ada di situ. Melandai tubuhnya di kerusi rehat sambil hadap komputer riba. Penuh khusyuk. Mungkin tengah siapkan sesuatu.

Melihat itu, Irish tak berani nak ganggu. Lebih-lebih lagi bila teringatkan Tengku Harrys banyak berdiam sepanjang hari ini. Jadi ada baiknya dia beri lelaki itu ruang menyendiri. Kaki mula berundur setapak untuk masuk ke dalam kembali.

“Nak berdiri aje kat situ?”

Pergerakan Irish terhenti serta-merta. Dia yakin soalan itu dituju untuknya. Walaupun mata lelaki tersebut masih tak berganjak dari komputer riba.

“Err...,”

Come. Seat here.”

Irish serba-salah. Sebelah hatinya nak masuk dalam saja. Tapi sebelah lagi tak sampai hati nak menolak.

Dengan rasa berbelah-bahagi, wanita itu melangkah juga mendekati.

“Awak nak air panas?”

“Tak apa. Kenyang lagi.”

“Sibuk ke?”

Not really. Just checking some documents from Abang Hafiy.”

“Dokumen apa?”

“Projek kat Brunei,” balas lelaki itu tanpa berkalih mata. “Ubat dah makan?”

“Dah.”

“Jangan tertinggal. Walau sekali.”

Irish sekadar mendengar. Pesanan yang acapkali keluar dari mulut lelaki di sebelah. Hampir setiap malam sebelum tidur. Sejak insiden tembakan.

“Banyak lagi nak siapkan?” soal Irish.

Not bad. Kenapa tak tidur lagi?”

“Belum mengantuk.”

“Atau tunggu saya?” Seraya Tengku Harrys pandang wajah di sisi. “Tak boleh tidur tak ada saya? Hmm?”

“Tak... tak adalah.”

“Mulut jawab macam tu. Tapi dalam hati saya tak tahu,” selamba Tengku Harrys bidas. Mata Irish direnung mencari jawapan. Namun cepat-cepat wanita itu larikan pandangan.

Hujung bibir Tengku Harrys tersungging. Komputer riba ditatap semula. Menyambung kerja yang tergendala.

‘Semakin kau cuba lari, semakin jelas isi hati kau dapat aku jejaki, Irish!’ bisik hati lelaki itu.

Suasana bertukar hening. Hanya bunyi unggun api di sudut balkoni memecah sepi. Tengku Harrys terus melakukan kerja. Biarkan Irish tercari kata untuk kembali berbicara.   

“Awak dah telefon mak long?”

“Dah. Saya bagitahu mungkin kita ke rumah dia lewat sikit.”

“Mak long cakap apa?”

“Dia tak kisah. As long as kita singgah rumah dia sebelum balik.”

Irish mengangguk faham. Dah hampir tiga minggu mereka di bumi UK. Habis travel Pulau Jeju tempoh hari, Tengku Harrys terus bawa dia ke sini.

Glasgow, Edinburgh, Newcastle upon Tyne, Leeds, Machester, Liverpool, Birmingham, Cambridge. Antara tempat-tempat yang telah selamat mereka lawati sebelum tiba di London semalam.

Dan sepatutnya sekarang mereka sudah berada di rumah Tengku Yasmin. Tapi gara-gara cuaca tak mengizinkan, dia dan Tengku Harrys terpaksa berteduh dulu di sini.

Seketika, mata Irish meliar perhati sekeliling.

“Lama awak pernah tinggal sini?”

Tangan Tengku Harrys yang sedang menaip, terhenti. Matanya turut sama pandang sekeliling apartmen.

“Setahun lepas kerja. Mula-mula dapat offer kerja sini lepas habis degree, saya tinggal kat apartmen yang company sediakan. Then ada rezeki lebih, saya beli apartmen ni.”

“Selama awak tak ada, siapa yang tinggal kat sini?”

No one. Tapi sekali-sekala mak long dan anak-anak dia akan datang tengok-tengokkan. Tolong kemas. And sometimes they stayed here kalau ada urusan kat London.”

“Apartmen kat Cambridge tu?”

“Itu papa yang belikan. Waktu saya study kat sana dulu.”

“Lepas pindah sini, awak biarkan aje apartmen tu?”

No. Bila ada masa free saya balik jenguk. Lagipun Zamir tinggal kat sana, kan. As he told you. Lepas dia habis belajar dan balik Malaysia, baru saya hired orang untuk jagakan.”

“Kenapa tak jual?”

“Sayang. Banyak kenangan. Waktu buat online course for master degree pun saya kerap turun sana. So, ada juga gunanya. Sampailah saya decided balik Malaysia lepas tamat master, then apartmen tu saya sewakan.”

Khusyuk Irish mendengar penjelasan. Waktu ke Cambridge tempoh hari memang Tengku Harrys ada bawanya melihat apartmen tersebut. Malah segala tempat yang jadi memori lelaki itu selama di Cambridge juga turut dikongsikan dengannya.

Cambridge.

Entah kenapa nama itu makin melekat di hati. Mungkin kerana keindahan tempatnya. Juga kehebatan sejarahnya.

Dan momen yang masih tak dapat dia lupa sampai saat ini bila dapat lihat depan mata kemegahan universiti-universiti negara itu. Salah satu impiannya sejak kecil. Tak dapat jejakkan kaki sebagai pelajar, sebagai pelawat pun dia rasa dah cukup.

Bukan senang nak masuk universiti antara terbaik di dunia itu. Hanya orang terhebat dan terpilih saja dapat merasanya. Macam Tengku Harrys.

Spontan Irish toleh ke sisi. Tengku Harrys yang sudah kembali menyambung kerja ditenung dalam diam. Sejujurnya, dia kagum dengan lelaki itu.

“Kenapa tenung saya macam tu?”     
            “Hmm?”

Anything you wanna say?”

No.

Then, why are you staring at me like that?”

“Salah ke?”

“Tak salah. Cuma tak boleh.”

“Kenapa?”

“Sebab saya tak boleh buat kerja.”

“Saya tak kacau pun.”

Yes. Tapi...,” sekali lagi Tengku Harrys berkalih pandang ke Irish. Kali ini dia berpeluk tubuh. Anak mata Irish direnung dalam-dalam. “...awak dah buat jantung saya berdebar tak menentu sama sekarang ni. So better you stop now.

Irish telan liur. Baru dia nak mengusik Tengku Harrys. Tapi sekarang, dia yang terjerat dengan usikannya.

“Err... sa… saya masuk dulu.”

Cepat-cepat wanita itu bangun dari kerusi. Namun dengan pantas Tengku Harrys tarik tangannya kembali. Irish terduduk sekali lagi.

“Nak ke mana?” soal lelaki itu.

“Tidur.”

“Ke nak lari?”

Tak ada balasan. Hanya pandangan bertaut gantikan jawapan. Lama kedua-duanya terdiam.

Good night. Sleep tight,” ucap Tengku Harrys akhirnya. Kepala Irish dikucup lembut. Setelah itu perhatian kembali ke komputer riba.

“Awak belum nak tidur?”

“Saya nak habiskan ni dulu. Dah siap nanti saya masuk.”

Irish tidak bertanya lanjut. Langkah terus diatur meninggalkan ruang balkoni tersebut. Tengku Harrys sekadar mengekor melalui hujung matanya.

Pasti kelibat Irish sudah hilang, barulah lelaki itu mengangkat wajah. Satu keluhan dilepaskan. Tubuhnya disandar ke belakang. Sebelum mendongak ke langit malam.

Kalau boleh dia juga nak ikut masuk. Lenakan diri yang sememangnya dah mengantuk. Tapi dia takut. Takut hatinya tak kuat untuk terus berada dekat dengan wanita itu.

‘Ya ALLAH....’

Perlahan matanya dipejam. Menahan gelora jiwa yang kian mencengkam.



No comments: