Google+ Followers

Friday, August 15, 2014

BAB 16 : BAYANGAN GURAUAN




“ C

IK Irish, boss panggil semua staf berkumpul.” Insyirah muncul di bilik Irish awal pagi Isnin itu. Irish yang sedang mengemas mejanya ketika itu, terhenti seketika mendengarkan arahan tersebut.

“Ada apa ya, Insyirah?”

Spontan Insyirah menjungkitkan bahunya. “Tak tahulah. Mungkin ada hal penting nak diumumkan. Tak pun, gossip panas!” sempat Insyirah bergurau. Mulutnya ditekup, cuba menahan tawanya daripada terburai. Irish turut sama tergelak. Pagi-pagi begini ada sahaja perkara mencuit hati yang dilakukan oleh gadis itu.

Okay. Sekejap lagi saya keluar.”

Okay!” sahut Insyirah sambil menunjukkan isyarat okay dengan tangan kanannya sebelum berlalu pergi dari bilik tersebut.

Sebaik Insyirah menghilang, Irish bangun meninggalkan kerjanya terlebih dahulu. Dia kemudian berjalan keluar dari bilik dan berlalu ke ruangan tengah pejabat. Sesampainya dia di situ, semua pekerja di tingkat itu sudah berkumpul. Tidak tahu ingin menuju ke mana, akhirnya Irish menyertai Insyirah, Kak Maisarah, Farisya, Elaine dan beberapa staff lain yang berdiri di suatu sudut.

Selang beberapa minit menunggu, pintu bilik Tengku Hafiy terkuak. Sejurus itu kelibat Tengku Haiyan dilihat berjalan keluar dari bilik tersebut diikuti Tengku Hafiy. Dan di belakang Tengku Hafiy pula kelihatan seorang lelaki yang segak berpakaian sut pejabat serba hitam. Semua yang berada di situ berbisik antara satu sama lain, bagaikan tertanya-tanya siapakah lelaki yang kini berdiri di sebelah Tengku Hafiy.

“Assalamualaikum dan selamat pagi semua,” Tengku Haiyan memberi salam dan ucapan selamat pagi kepada pekerja-pekerjanya. Salamnya disambut oleh semua yang berada di situ. “Tentu anda semua tertanya-tanya kenapa saya memanggil anda berkumpul pagi ini. Baiklah, tujuan saya memanggil anda semua ke sini adalah untuk memperkenalkan anak lelaki saya, iaitu adik kepada Tengku Hafiy yang baru sahaja pulang dari luar negara baru-baru ini. Sebelum ni beliau berada di UK, belajar dan bekerja di sana selama beberapa tahun. Dan hari ini, beliau pulang ke sini untuk memberikan khidmatnya dan sekaligus membantu kita untuk membangunkan lagi syarikat ini,” jelas Tengku Haiyan. Barulah semuanya terangguk-angguk faham selepas diberi penjelasan. “So ladies and gentlemans, this is our Chief Financial Officer, Tengku Harrys Damien. Saya harap anda semua akan berikan kerjasama pada beliau sebagai orang baru di sini sebaik mungkin. Insyaallah.”

Selesai sahaja Tengku Haiyan memberikan pengumumannya, kedengaran tepukan bergema di ruangan tersebut.

“Harrys.”

Tengku Haiyan memanggil anaknya itu untuk memberikan sepatah dua kata di hadapan yang lain. Tengku Harrys mengangguk lalu melangkah setapak ke hadapan.

“Assalamualaikum. Selamat pagi. As what Tengku Haiyan said just now. Walaupun dah bertahun saya bekerja dan tinggal di tempat orang, tapi di sini saya masih tetap orang baru. Banyak benda yang saya perlu belajar tentang syarikat ini. Jadi saya harap anda semua akan memberikan kerjasama yang baik untuk membantu saya. Terima kasih.” Tengku Harrys mengakhiri kata-katanya dengan sebuah senyuman. Sekali lagi tepukan bergema.
“Baiklah, anda semua boleh bersurai dan sambung semula kerja. Sebentar lagi Tengku Hafiy akan bawa Tengku Harrys untuk pusing satu syarikat dan berkenalan dengan anda,” ucap Tengku Haiyan mengakhiri perjumpaan pada pagi itu.

Semua staff mula beredar balik ke tempat masing-masing. Begitu juga dengan Irish. Langkah dihayun ke biliknya untuk menyambung semula kerja yang separuh tergendala tadi. Sesudah mengemas mejanya, dia bergerak ke bahagian rak fail yang terdapat di sudut kiri bilik. Niat di hati ingin mengemas sedikit rak itu yang agak tidak teratur kedudukan barang-barangnya. Sedang dia asyik mengemas, pintu biliknya diketuk dari luar sebelum terdengar kuakan pintu dibuka. Irish memalingkan tubuhnya menghadap pintu.

“Assalamualaikum, Irish.”

“Walaikumussalam.”   

Sorry, ganggu sekejap. Ni... abang nak perkenalkan Harrys,” ujar Tengku Hafiy sambil menepuk-nepuk bahu adiknya di sebelah. Adakalanya dia tersasul juga membahasakan dirinya sebagai ‘abang’ di pejabat. “Dah jumpa kat rumah hari tu, kan?”

Irish menganggukkan kepalanya. “Ya.”

“Ha, Rys! Ini abang kenalkan, Irish Qiara Izzuddin. Irish ni adik Izzul.”

Irish menghadiahkan senyuman pada Tengku Harrys sebagai salam perkenalan. Namun lelaki itu hanya memandang wajahnya tanpa sebarang reaksi.

“Irish is our Financial Executive. So after this, korang berdua akan banyak bekerjasama untuk uruskan hal kewangan syarikat ni,” jelas Tengku Hafiy. Masih tiada reaksi dari Tengku Harrys, menyebabkan Tengku Hafiy mengalihkan perhatian pada adiknya di sebelah.

“Rys! Kau dengar tak?” Tengku Hafiy menepuk bahu adiknya agak kuat. Dan sergahannya itu menyentakkan Tengku Harrys serta merta.

“Hmm? Ha... dengar, dengar.”

“Kau kenapa?”

No. Nothing.” 

“Dah. Jom abang kenalkan kau dengan staff yang lain. Okay Irish, abang Fiy keluar dulu. Continue your work!” ujar Tengku Hafiy dan terus menarik bahu adiknya untuk keluar dari bilik tersebut.



DIBAWANYA Tengku Harrys mengelilingi satu bangunan Haiyan Holdings pagi ini. Hampir setengah hari jugalah Tengku Hafiy mengambil masa untuk melawat semua jabatan yang ada bagi memperkenalkan adiknya pada semua pekerja syarikat. Sambil itu dia turut menunjukkan sekitar bangunan kepada adiknya agar lelaki itu dapat membiasakan diri dengan suasana di sini. Akhir sekali, Tengku Harrys dibawa masuk ke dalam sebuah bilik pejabat yang dikhaskan untuknya sebagai CFO Haiyan Holdings.

           DIBAWANYA Tengku Harrys mengelilingi satu bangunan Haiyan Holdings pagi ini. Hampir setengah hari jugalah dia mengambil masa untuk melawat semua jabatan yang ada bagi memperkenalkan adiknya pada semua pekerja syarikat. Sambil itu dia turut menunjukkan sekitar bangunan kepada lelaki itu agar dapat membiasakan diri dengan suasana di sini. Akhir sekali, Tengku Harrys dibawa masuk ke dalam sebuah bilik pejabat yang dikhaskan untuknya sebagai CFO Haiyan Holdings.
            “Okay, Harrys. This is your room.“ Tengku Hafiy bersuara sebaik mereka berada di dalam bilik itu.
            Tengku Harrys memandang sekeliling bilik tersebut. Setiap sudut diperhatikannya. Agak luas. Lebih luas daripada bilik yang pernah dihuninya sewaktu bekerja dengan warga ‘orang putih’ di UK sebelum ini. Hiasan dalaman serta susun atur barang-barang juga agak menepati citarasanya.
            “How is it? Kalau tak suka dengan idea abang ni, boleh request kat papa untuk tukar designnya.”
            “No, no, no! Everything’s fine to me. Pandai jugak abang pilih ikut citarasa Harrys.”
            “Abang kenal kau dari kecik. Mestilah abang tahu!” Tengku Hafiy menumbuk lembut dada adiknya. “Cuma satu benda je yang abang tak tahu pasal kau dari dulu.”
            Spontan Tengku Harrys memandang wajah abangnya. “What?”
            “Pasal perempuan.” Pendek sahaja jawapan lelaki itu. “Okaylah! Abang keluar dulu. Kalau ada apa-apa, your secretary ada kat luar. Have a nice first day!”
            Tengku Hafiy lansung beredar meninggalkan adiknya yang masih terpinga-pinga dengan apa yang diucapkan sebentar tadi. Sebaik pintu ditutup, Tengku Harrys melangkah menuju ke
 mejanya dan melabuhkan duduk di kerusi. Kepalanya disandarkan ke belakang.
            ‘Irish’.
Nama itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Sejak mendengarnya pertama kali di majlis malam Sabtu lalu, dan kali kedua adalah pagi tadi sewaktu diperkenalkan oleh Tengku Hafiy. Serasa nama itu semakin melekat di mindanya.
“Irish Qiara.”
Akhirnya nama itu meniti di bibirnya buat kesekian kali.



“HARI ni aku dapat rasakan jantung aku berdegup tak henti-henti!” suara Zaryn yang bernada lemah gemalai itu memecah kesunyian mereka yang sedang asyik menikmati ayam goreng di depan mata. Tengahari ini mereka mengubah selera. Tekak terasa ingin menjamah makanan segera tersebut, lantaran sebuah restoran KFC menjadi destinasi pilihan.

            “Asal pulak kau ni? Dah kena sampuk ke apa?” Insyirah yang berada di tengah-tengah antara Zaryn dan Irish sedikit hairan melihat gelagat rakannya itu.

            “Yelah, mana taknya. Prince Charming dah ada depan mata. Hmm... bersemangat pulak rasanya nak pergi kerja hari-hari macam ni. Kau tahu, pagi tadi masa Tengku Hafiy perkenalkan adik dia kat aku, rasa macam nak pengsan je time tu. Kacaknya dia!” Zaryn menjawab dengan sepenuh hati tanpa menghiraukan lima pasang mata yang sedang memandang ke arahnya.

            “Yalah, Zaryn! I pun rasa macam tu masa salam dengan that guy tadi. Oh! He’s so awesome!

           “Hey, amoi! Kau pun sama jugak? Tak padan dengan pelat dia. Ada hati!” serentak itu Farisya memukul lembut lengan gadis Cina di sebelahnya.

            “Korang berdua ni tak habis-habis dengan berangannya, kan? Entah-entah Tengku Harrys tu dah ada pilihan hati. Manalah tahu!” ngomel Insyirah lagi.

            “Eh! Bukan hari tu Kak Mai cakap Tengku Harrys tu susah nak dekat dengan perempuan ke? Kan, Kak Mai?”

            “Akak cuma cakap apa yang akak tahu je, Ryn. Tu pun dari Tengku Hafiy. Tak tahulah kalau sekarang ni dia dah berubah hati ke. Ataupun, dah terpaut dengan salah seorang staff perempuan masa sesi perkenalan pagi tadi ke.”

“Oh! Tak apa, tak apa! Kita tunggu dan lihat je nanti. Yang penting Tengku Harrys telah berjaya mencuri hatiku!” seloroh Zaryn agak kuat tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

       “Ha, yelah! We’ll wait and see. Siapa yang Tengku Harrys dah terpikat, siapa yang dok melopong nanti! Betul tak, Cik Irish?” tutur Insyirah sambil menujukan kata-kata itu pada Zaryn, dan kemudian menoleh pada Irish di sisinya.

            “Ya.” Irish membalas ringkas, lalu mengukir senyum.

         “Tengok! Kalau aku jadi Tengku Harrys, dah sah-sah aku pilih perempuan macam Cik Irish yang tak banyak cakap ni. Daripada kau yang bercakap tak tahu nak berhenti, boleh pecah gegendang telinga lama-lama!” tingkah Insyirah sengaja mengenakan Zaryn. Serentak itu tawa mereka berderaian di dalam restoran tersebut.

            “Aku setuju, In!” sokong Farisya, membuatkan Zaryn bertambah geram.

            “Amboi! Sedapnya korang kutuk aku. Tahulah aku tak cantik macam Cik Irish!”

          “Eh, tak adalah. Diorang bergurau jelah, Zaryn. Awak cantik. Siapa cakap tak cantik? Kalau tak, takkan awak duduk bahagian paling hadapan kat syarikat tu. Sebab orang suka tengok awak. Cantik.”    

“Tengok! Cik Irish jugak yang baik pujuk aku. Korang tak baik tau!” Zaryn mengomel sendiri melihatkan yang lain masih mentertawakannya. 

         Sepanjang mereka menghabiskan waktu rehat di situ, hanya topik berkenaan Tengku Harrys sahaja yang menjadi perbualan. Bukan hanya mereka, bahkan satu bangunan Haiyan Holdings sibuk memperkatakan tentang kehadiran lelaki itu. Terutama di kalangan pekerja-pekerja wanita. Dan dalam sekelip mata sahaja nama Tengku Harrys menjadi sebutan di syarikat pada hari itu.