Google+ Followers

Wednesday, November 19, 2014

BAB 29 : BAYANGAN GURAUAN





P
AGI  itu Haiyan Holdings didatangi dengan kehadiran seorang gadis yang agak asing bagi sebahagian para pekerja di situ. Gayanya yang begitu elegan dan seksi mampu menarik perhatian sesiapa sahaja untuk memandang. Sesetengah daripada mereka mungkin memuji kecantikan serta keterampilannya. Namun ada juga yang tidak berkenan dengan imejnya yang agak kebaratan itu.  


            “Your boss ada?” soal gadis itu tanpa secalit senyuman menghiasi bibir.

            “Maksud cik, Tengku Harrys?” Natasya inginkan kepastian.

            “Why? How many bosses do you have?” sedikit meninggi suara gadis itu kali ini.

           “Maaf ya, cik. Memang boss saya Tengku Harrys. Tapi Tengku Haiyan dan Tengku Hafiy pun boss kat sini. Jadi tak salah kan kalau saya nak confirmation dari cik.”

           Sedikit berubah wajah gadis itu mendengar kata-kata Natasya. Baru sahaja dia ingin membalas kata-kata tersebut, kedengaran pintu bilik terkuak.

        “You watch out, okay!” tingkah gadis itu bagai memberi amaran sebelum beredar. Natasya hanya mencebik sebagai tanda tidak menghiraukan amaran tersebut.

“Apa-apalah perempuan! Kau yang datang tempat orang, salam tak ada apa tak ada, nak marah-marah pulak. Ingat aku hairan!”

“Hey! Membebel sorang-sorang ni kenapa?” sergah Insyirah melihatkan rakannya mengomel sendirian sambil memegang beberapa fail untuk dibawa ke bilik Tengku Harrys.

“Tu! Minah salleh celup tu!”

“Siapa tu?”

“Entah. Pagi-pagi dah buat hal!” Natasya menjungkitkan bahu tanda tidak mengetahui gerangan gadis itu. Pantang betul dia orang yang tidak tahu beradab seperti itu.

            “Hai, cousin!”

        “Eh, Lissa!” Tengku Hafiy yang baru keluar dari bilik adiknya, sedikit terkejut dengan kehadiran gadis itu secara tiba-tiba. “What a surprise! Bila balik?”

            “Last night. Tu yang terus datang sini pagi-pagi ni. Saja nak buat surprise.”

            “Sorang je? Zafran mana?”

           “Hmm... tidur lagi kat rumah tu. Kejutkan jugak tadi minta dia temankan I ke sini. Worthless!”

Tengku Hafiy tergelak kecil. “I tak tahu pulak you dengan Zafran dah balik. Tak dengar apa-apa news pun?” jelas Tengku Hafiy. Memang dia tidak mendengar sebarang berita sama ada dari mama atau papanya. Biasa kedua orang tuanya akan memberitahu tentang kepulangan dua beradik itu. Itu pun melalui Pak Ngahnya, Tengku Arham.

            “Saja tak nak bagitahu. Nama pun surprise, kan. Ermm... Harrys ada, Fiy?”

            “Ada dalam bilik dia. We all ada discussion sikit tadi.”

            “So, dah habis kan? Bolehlah kalau I nak jumpa dia.”

        “Yup. Tapi dia tengah discuss lagi dengan assistant dia. Kalau nasib you baik, baiklah kut. Macam you tak kenal si Harrys tu.”

            Tengku Melissa hanya tersenyum. Memang dia kenal sangat dengan perangai sepupunya yang seorang itu. Kalau sedang melakukan sesuatu kerja memang serius. Jangan ada sesiapa pun yang cuba mengganggunya.

            “Tak apa. I cuba dulu.”

        “Okay. Good Luck!” Tengku Hafiy meninggalkan Tengku Melissa di situ lalu bergerak ke biliknya. Banyak urusan yang perlu diselesaikannya hari ini.

Melihat kelibat sepupunya sudah pergi, Tengku Melissa segera menghampiri pintu bilik pejabat Tengku Harrys. Terasa ada sedikit debaran di dadanya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan jejaka itu. Seingatnya hampir dua tahun sejak dia dan abangnya tidak pernah pulang ke Malaysia. Gadis itu cuba menenangkan dirinya sebelum mengetuk pintu bilik tersebut. Sejurus itu, kedengaran suara lelaki memberi arahan masuk dari dalam. Perlahan daun pintu dibuka. Sebaik melangkah masuk, matanya terus menangkap sesusuk tubuh yang segak dengan pakaian lengkap pejabat sedang khusyuk meneliti fail di atas meja. Kemudian matanya dihala pula pada seorang gadis yang duduk berhadapan lelaki itu, juga sedang menatap fail di hadapannya. Nampak serius kedua-dua mereka.

Yes, Tasya. Ada apa?” Tengku Harrys bersuara tanpa mengangkat wajahnya.  

“Tengku Harrys Damien.”

Spontan lelaki itu mendongak apabila nama penuhnya disebut. Keningnya berkerut. Sedikit hairan apabila gadis yang sedang berdiri di hadapannya itu tiba-tiba muncul. Irish yang berada di situ, turut menoleh.

“Lissa.”

“Hai! Long time no see you. How are you, my dear cousin?” sapa Tengku Melissa penuh ceria. Dua tahun tidak berjumpa, banyak perubahan yang dia lihat pada diri Tengku Harrys. Makin kacak dan segak lelaki di hadapannya ini. Lelaki yang dalam diam dipujanya sejak dari zaman sekolah lagi. Cuma satu sahaja yang tidak berubah tentang lelaki itu. Senyumannya. Dari dulu memang sukar untuk melihat senyuman terukir di bibir lelaki itu.

Fine. Bila sampai?”

Last night. Then I terus datang sini pagi-pagi ni. Rindu nak jumpa you!”

Irish yang hanya menjadi pemerhati semenjak gadis yang dipanggil Lissa itu masuk ke bilik ini tadi, semakin tidak selesa untuk berada di bilik tersebut. Tengku Harrys yang turut menyedari hanya memandang sahaja gadis itu yang sudah kelihatan sedikit gelisah.

You busy ke, Rys? I ingat nak ajak you lunch today.”

Tengku Melissa datang menghampiri Tengku Harrys dan duduk di sisi lelaki itu sebelum memeluk lehernya tanpa menghiraukan Irish yang berada di hadapan. Sekali lagi mata Tengku Harrys tepat memandang wajah Irish. Merona merah muka gadis itu. Dia sendiri terkejut diperlakukan Tengku Melissa sebegini. Selama ini tidak ada seorang pun perempuan yang berani mendekatinya, apatah lagi menyentuhnya begini.

Sorry, Lissa. I’m really busy right now. You ajaklah orang lain,” balas Tengku Harrys lalu ditolak tangan gadis itu agar tidak terus berkelakuan sedemikian.

“Alaa... you ni. I baru balik. So, jomlah lunch dengan I. Then temankan I jalan-jalan and shopping. Boleh, kan?” sekali lagi Tengku Melissa memaut leher Tengku Harrys.

Tidak betah lagi melihat keadaan itu, Irish lansung mengemas barang-barangnya untuk beredar. “Err... saya keluar dulu, Tengku. We continue later.”

Tanpa memandang kedua-dua mereka di hadapan, Irish terus sahaja beredar walaupun Tengku Harrys tidak berkata apa-apa. Cepat sahaja kakinya melangkah menghampiri pintu tanpa menoleh ke belakang lagi.

‘Fuh! Nasib baik. Selamat aku!’ tersandar seketika Irish di pintu sebaik keluar dari bilik Tengku Harrys. Lega rasanya dia dapat meloloskan diri dari kedua-dua manusia berkenaan. Pantas langkah diatur kembali menuju ke biliknya.

“Cik Irish!”

“Hmm?” Bagai hendak luruh jantung Irish dengan teriakan itu. Sudahlah kejutan di bilik Tengku Harrys tadi belum hilang, sekarang yang ini pula. 

“Cik Irish okay ke? Cemas semacam je. Kenapa? Ada problem ke?” Insyirah yang masih lagi berada di meja Natasya, bertanya pada Irish apabila melihatkan ketuanya itu tergesa-gesa keluar dari bilik Tengku Harrys.

“Banyaknya soalan, In. Mana satu saya kena jawab dulu?” tutur Irish sambil menghampiri kedua gadis tersebut.

“Alamak, Cik Irish. Sorry!”

“Cik Irish kenapa? Keluar tergesa-gesa macam baru nampak hantu je dalam bilik boss saya tu. Ke sebab minah salleh celup tu?” soal Natasya pula.

“Minah salleh celup?”

“Alaa... perempuan dalam bilik Tengku Harrys tulah, Cik Irish. Siapa lagi!”

“Oh. Maksud awak Lissa?” 

“Oooo... Itu Tengku Melissa ke? Awat lain benar rupa dia? Tak macam dulu dah.”

“Kau kenal ke, In? Siapa dia tu?” tanya Natasya pada rakannya. Maklumlah, Insyirah sudah berkhidmat lama di sini. Sedangkan dia masih baru sejak menyandang jawatan sebagai setiausaha Tengku Harrys. Mestilah dia tidak begitu mengenali orang-orang yang pernah datang ke syarikat ini.

“Dia tu sepupu Tengku Hafiy dengan Tengku Harrys. Kiranya anak buah our big bosslah. Tapi rupa dia lain sikitlah. Tak macam dulu. Tu yang aku tak cam tadi.” 

  “Oooo... macam tu ke? Tak kiralah sepupu ke, anak buah ke, apa ke. Beradablah sikit. Harap muka je cantik. Tapi perangai, haram!” Natasya terus meluahkan rasa marahnya. Nampak benar dia tidak berkenan dengan gadis itu sejak dari awal tadi.

“Memang dari dulu dia macam tu. Tak ada sesiapa pun yang suka, Tasya. Bertuahlah kalau ada yang suka.”
“Hmm... patut pun! Eh, yang Cik Irish ni pun belum jawab soalan lagi. Kenapa tiba-tiba Cik Irish keluar macam tu je tadi?”
“Tak ada apalah, Tasya. Rasa macam saya menganggu pulak ada kat dalam tu. So, saya keluarlah.”  

Are you sure, Cik Irish?” Insyirah seakan tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk bertanya lagi, kedengaran bunyi suara seperti orang sedang marah dari arah bilik Tengku Harrys. Beberapa saat kemudian, pintu bilik itu terbuka. Kelibat Tengku Harrys muncul sebelum lelaki itu berdiri di muka pintu sambil berpeluk tubuh.

“Sampai hati you halau I macam ni, Harrys!”

I tak halau. I dah cakap baik-baik tapi you yang tak faham.”

I cuma minta you teman I. Tu je. Susah sangat ke?!”

I’m very busy, Lissa. So, please!” Tengku Harrys menunjukkan isyarat pada Tengku Melissa agar segera beredar dari biliknya. Sebolehnya dia cuba menahan nada suaranya agar tidak didengari oleh semua yang berada di tingkat itu.

Okay, fine! Today is your day, Harrys!”

Tanpa menunggu lagi, Tengku Melissa segera berlalu meninggalkan tempat itu dengan muka yang merah padam. Kecewa dirinya apabila dilayan sebegitu oleh Tengku Harrys. Sangkanya lelaki itu sudah berubah. Tetapi hatinya tetap keras seperti dulu.

Natasya, Insyirah serta Irish yang masih lagi berada di situ hanya terkaku menyaksikan adengan tersebut. Masing-masing terdiam. Kecut perut melihatkan kemarahan Tengku Harrys. Ini kali pertama mereka melihat lelaki itu berkeadaan seperti ini.

“Irish!”

“Hmm?” spontan Irish menyahut panggilan itu.

“Masuk bilik saya!”

Tanpa menunggu sebarang jawapan, lelaki itu masuk semula ke dalam biliknya. Terpinga-pinga Irish. Dipandangnya Natasya dan Insyirah silih berganti, bagai memohon pertolongan. Namun kedua-dua gadis itu sekadar menjungkitkan bahu.

Sorry, Cik Irish. Bab-bab ni kita orang tak boleh nak handle!ujar Natasya sambil tersengih. Irish mengeluh akur.

“Dan ini fail-fail yang Cik Irish minta tadi.” Insyirah menyerahkan beberapa fail di tangannya kepada Irish. “Ingat nak bagi dari tadi. Tapi ada tetamu tu...,” kata-kata Insyirah terhenti di situ.
“Tak apa. Terima kasih, In."

Dengan langkah yang longlai, Irish memasuki semula bilik Tengku Harrys. Melangkah sahaja di muka pintu, renungan Tengku Harrys lebih dahulu menyapanya. Tanpa menghiraukan pandangan tersebut, Irish menutup kembali pintu dan terus mengambil tempat yang ditinggalkannya tadi. Fail-fail di tangan diletakkan di atas meja lalu dibuka.

“Kenapa keluar tadi?”

“Hmm?” 

“Ada saya benarkan?”

 Irish menundukkan wajahnya. Agak lama dia terdiam.

“Ada saya benarkan?” sekali lagi Tengku Harrys menyoal.

“Tak ada.”

So, kenapa keluar?”

“Saya cuma tak nak menganggu.”

“Tak nak mengganggu atau tak sanggup nak tengok saya kena peluk macam tu?”  

Serta-merta Irish memandang Tengku Harrys yang masih lagi merenung ke arahnya. Sedikit terkejut dengan kata-kata lelaki itu. ‘Hmmhh... kenapa pulak dia ni?’

Am I right, Miss Irish Qiara?”

“Err... saya cuma tak nak mengganggu. Itu je. Boleh kita sambung discussion tadi?”

Tanpa menunggu jawapan lelaki itu, Irish meneruskan tugasnya yang tergendala dek kehadiran gadis yang bernama Tengku Melissa sebentar tadi. Dia cuba berlagak tenang sambil meneliti satu persatu dokumen di depan mata walaupun menyedari renungan Tengku Harrys masih lagi melekat di wajahnya.

‘Biarkanlah. Kau tak buat salah apa-apa pun, Irish. Tak perlu takut.’

Next time bertindak mengikut arahan saya. I am your boss, right. So apa-apa yang awak buat, waktu dengan saya, mesti dapat izin dari saya dulu. Selagi saya tak suruh pergi, stay with me. Understand?”

Irish hanya membatukan diri. Soalan tadi hanya dibiarkan berlalu tanpa jawapan.

“Irish Qiara.....”

Yes, Tengku!” sahut Irish sebelum sempat Tengku Harrys menghabiskan ayatnya. Bimbang dia sekiranya angin tak baik lelaki ini datang lagi seperti tadi. Sedikit pun tidak diangkat wajahnya. Tidak berani untuk menentang renungan lelaki di hadapan. 

Mata Tengku Harrys masih tidak lepas dari memandang Irish. Entah kenapa emosinya agak terganggu hari ini. Ditambah dengan kehadiran Tengku Melissa ke sini secara mengejut. Serta-merta ingatannya melayang pada butir perbualan bersama mamanya lewat malam tadi. Mengingatkan itu, rasa marahnya kembali menerjah. Pantas kepalanya disandarkan pada kerusi. Matanya turut dipejamkan. Cuba mengusir segala andaian yang muncul di benak ketika ini. Setelah itu kelopak matanya dibuka semula. Wajah Irish kembali menerpa. Dia tidak tahu. Melihat saja wajah gadis itu membuatkan hatinya sedikit tenang. Dan dia memerlukan beberapa minit lagi untuk terus menatap wajah mulus itu bagi menghilangkan segala perasaan yang sedang berperang di dalam jiwanya saat ini.



“RUGI betul aku tak tengok drama pagi tadi. Mesti gempak, kan?” begitu teruja Zaryn mendengar cerita dari Insyirah dan Natasya mengenai insiden yang berlaku pagi tadi. Tengahari itu mereka makan seperti biasa di kedai makan Mak Ani.

“Tulah. Memang rugi kau, Ryn. Kau patut tengok macam mana muka minah salleh celup tu kena marah dengan Tengku Harrys. Merah habis! Betul tak, In?”

“Memang patut Tengku Harrys buat macam tu. Perempuan gedik tu je ubatnya!”

“Mesti ada sebabnya Tengku Harrys marah sampai macam tu. Sebelum ni tak pernah pun. Cool je dia.” Kak Maisarah mencelah perbualan tersebut.

“Ha! Yang tu kena Tanya Cik Irish. Sebab Cik Irish yang ada dalam bilik boss masa mula-mula Tengku Melissa tu masuk.”

Kata-kata Natasya itu menyebabkan semua mata tertumpu pada Irish.

“Betul ke, Cik Irish? Awatnya sampai jadi macam tu?”

“Eh! tak adalah, Zaryn Dengarlah cakap Tasya tu. Saya tak tahu apa-apa pun.”

“Alaa... Cik Irish. Cerita jelah. Kita orang cuma nak tahu je,” pinta Zaryn lagi.

“Betul. Saya tak tahu apa pun. Lepas Tengku Melissa tu masuk, saya terus keluar dari bilik tu. Tak naklah ganggu privacy diorang.”

“Memang sejak dulu Tengku Harrys tak berapa layan cousin dia tu, kan. Tengok jelah masa annual dinner syarikat dulu. Tengku Melissa tu je yang dok tergedik-gedik kat Tengku Harrys. Tapi Tengku Harrys mana layan pun. Tak kuasa betul akak tengok!” Kak Maisarah pula melempiaskan rasa geramnya. Hampir tujuh tahun bekerja di Haiyan Holdings, sedikit sebanyak dia turut mengetahui apa yang berlaku di syarikat tersebut.

“Eeuuwww! Itu perempuan tak ada rasa malu, maa! What’s wrong with her?”

“Mentallah kalau dah macam tu, Elaine! Dah orang tak layan yang dia nak terhegeh-hegeh buat apa!”

“Sabar, Tasya.” Irish cuba menenangkan Natasya yang berada di sebelahnya.

“Saya ni bukan apa, Cik Irish. Kita orang Malaysia ada adab, kan? Berbudi bahasalah sikit. Ini tidak. Dahlah masuk tempat orang, lepas tu nak marah-marah pulak. Ha... kan dah kena marah balik! Padan dengan muka dia!”

“Sabar jelah, Tasya. Nak buat macam mana. Dah memang rupa dia lagu tu. Patut pun Tengku Harrys tak layan dari dulu. Cuba kalau macam Cik Irish ni. Memang cairlah hati Tengku Harrys tu!”

“Tak adalah, Kak Mai. Kalau hati dah suka, teruk mana pun kena terima.” Irish meluahkan pendapatnya. Ingatan terus melayang pada kejadian di bilik Tengku Harrys pagi tadi saat sepupunya itu memaut lehernya. Dilihat Tengku Harrys hanya membiarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu. Menolak tidak, membiarkannya pun tidak.

‘Tak suka, ya. Memang lelaki macam tu agaknya. Luar kata lain, dalam hati siapa tahu?’ hati Irish berbicara sendiri.

“Tak apa. Hari ni aku tak dapat tengok. Kita tunggu masa annual dinner syarikat next week. Tak sabar aku nak tengok drama apa pulak akan jadi kali ni!” Tersenyum-senyum Zaryn menuturkan kata-katanya.

“Aku setuju! Aku pun tak sabar nak tengok next acting minah salleh celup tu!”

“Yang you Tasya, tak habis-habis panggil itu amoi macam tu kenapa maa?”

“Kau patut tengok dia dulu, Elaine. Then kau pun akan setuju dengan panggilan aku ni. Tak sedar diri tu orang Melayu, ada hati nak jadi orang putih. Orang putih pun tak over macam dialah! Kan, In?”

Exactly!”

Dan perbualan mereka tengahari itu semakin rancak membicarakan kejadian yang berlaku pagi tadi. Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak memandangkan inilah kali pertama kejadian sebegini berlaku di Haiyan Holdings.