Saturday, November 11, 2017

CHAPTER 3 : RELAKU PUJUK






KELOPAK mata dibuka perlahan-lahan. Dengan pandangan berbalam, dia lihat sekeliling. Tak pasti dirinya ada di mana. Yang pasti tempat itu begitu asing.

            “Di mana aku?”

Aryan cuba untuk bangun. Namun kepalanya terasa pusing. Tengkuknya terasa sakit. Dia cuba menyentuh. Tapi tangannya tak dapat gerak. Tubuhnya turut kaku.

Pantas lelaki itu tunduk. Baru perasan kini dirinya sedang terikat di sebuah tiang tengah-tengah bilik tersebut.

            “Apaan ini?”

             Aryan meronta kuat, cuba untuk lepaskan diri. Namun usahanya gagal. Ikatan tangan di belakang tetap tersimpul erat. Lilitan tali di badan tetap terbelit kukuh.

          “Arrgghhh!” keluhnya geram. Kepala kembali tersandar di tiang. “Ya Tuhan. Apa yang sedang terjadi ini?”

            Dalam kecelaruan, lelaki itu cuba ingat semula apa yang berlaku. Dari saat dia jejak kaki di KLIA semalam, hinggalah teksi yang dinaikinya ditahan. Kemudian dia dibawa lari dengan sebuah van putih.

Aryan cuba flashback lagi.

Waktu dalam van itu dia ada bertengkar dengan salah seorang. Gadis itu. Gadis bermata biru. Ya! Dia ingat lagi. Dan selepas itu pandangnya terus gelap bila seseorang pukul kepalanya dari belakang.

          Mata Aryan kembali pandang sekeliling. Meliar perhati bilik sederhana besar tersebut. Kemas, bersih, teratur. Bermakna tempat ini bukan rumah tinggalan. Lengkap dengan perabot. Ada almari. Ada sofa. Katil. Tilam.

            “Ah! Ngapain aja nggak diikat aku atas tilam empuk itu? Pasti lebih nyaman!” 

            Lelaki itu mengeluh sebal. Kepala tersandar semula ke tiang. Mata dipejamkan. Kala itu ingatan terus melayang pada orang tuanya. Pasti mereka ternanti-nanti dia pulang.

Atau mereka dah tahu keadaannya sekarang? Siapa yang bagitahu? Pak Din?

Ah! Pak Din…

Bagaimana keadaan pemandu teksi itu selepas dipukul semalam? Terukkah?

            Krekkk!

         Bunyi kuakan pintu dan-dan itu hentikan lamunan Aryan. Matanya dicelik semula, melihat ke arah pintu bilik yang dah terbuka. Sejurus itu telinganya menangkap tepukan seseorang. Bersama derap tapak kaki melangkah ke dalam.

            “Aryan Alfiansyah Wong. Welcome to my home!”

            Suara Zen bergema di dalam bilik itu dengan tawanya.

            “Siapa kamu?” soal Aryan.

            “Me? Well… I’m your friend.”

            “Usah bercanda! Aku tidak kenal sama kamu.”

            “But I know you.”

     Aryan amati wajah lelaki itu. Lelaki berbangsa cina yang sedikit berusia. Musathil dia mengenalinya. Sedangkan tak sampai 24 jam dia berada di Malaysia.

Pandangan kemudian beralih pada sosok lelaki melayu di sebelah. Tinggi, tegap, sederhana cerah. Namun wajahnya sedikit terlindung di balik kacamata hitam yang dipakai.

Dan kini, mata Aryan terarah pada gadis berdiri di belakang. Wajah itu kembali menerpa pandangan. Kalau gadis itu, sudah pasti dia kenal.

Mana mungkin dia bisa melupakan renungan tajam itu. Renungan bermata biru. Dan sampai sekarang pun gadis itu masih tegar merenungnya.

            “Kalian mau apa dari aku?”

            “Nothing.”

            “Jadi lepasin aku.”

            Zen ketawa. “Dengan you, maybe not. Tapi dengan baba you, exactly yes.”

            “Apa maksud kamu?”

         “I rasa you tak bodoh untuk berfikir. Siapa yang tak kenal dengan your dad. Aryawan Wong. Hartawan terkenal Indonesia. Antara orang terkaya di dunia. Business merata-rata. Harta sini sana. Kalau sesiapa pun culik you, you fikir untuk apa? Hmm?”

            “Jadi kamu mau uang?”

            Zen senyum sinis.

            “Kamu pikir kamu akan dapat?”

            “Kalau nak selamat.”

            “Percuma! Langkahin mayatku dulu kalau kamu mau uang dari orang tuaku! Dasar bajingan!”

            Zen ketap rahang. Tiba-tiba dia rasa tercabar dengan kata-kata Aryan. Perlahan kakinya menapak dekat ke lelaki itu. Wajah Aryan dipegang.

            “You memang kacak, Aryan…,” ujar Zen. Pipi Aryan dielus lembut. Dari pipi, tangannya kemudian menjalar ke rambut. Dan serentak, rambut Aryan direnggut. “… tapi jangan sampai I buat wajah kacak you lenyap terus dari muka bumi ni! And we will see… sama ada I akan dapat duit orang tua you, atau you takkan dapat jumpa mereka lagi!”

            Rambut Aryan dilepas kasar. Seraya itu, Zen menapak keluar.

“Kamu jangan berani-berani sentuhin keluarga aku!” jerit Aryan. Namun jeritannya tak diendahkan. Zen terus menghilang bersama orang kanannya di belakang.

            Rasa marah yang berbaki lalu dilempiaskan pada gadis yang masih berdiri tepi pintu. Walau hanya melalui mata, tapi cukup untuk hantar amarannya melalui gadis itu.

Seminit renungan mereka berlaga. Sebelum gadis tersebut turut tinggalkan Aryan bersama sisa-sisa amarahnya.

 

**********

DUM!!!

Buku lima dihentak keras ke meja. Ini kali pertama orang berani mencabarnya. Sakit. Marah. Geram. Semua dia dapat rasa.

            Meja di depan terus direnung. Ikut rasa hati, mahu saja ditumbuk lagi hingga terbelah dua. Biar lepas segala marahnya. Tapi untuk apa? Nanti hartanya rosak musnah, budak itu sihat walafiat tak apa-apa.

            “Kau ingat kau hebat?! Kau belum kenal lagi aku siapa!!!” bentak Zen kuat. 

            Suasana dalam rumah terus membisu. Tak satu bunyi pun kedengaran. Masing-masing tunduk. Kecut perut lihat boss mereka tiba-tiba naik angin macam hantu.

            “Hunter!”

            “Yes.

            “Kau dah buat kerja kau?”

            “Dah.”

            “Berapa kau mintak?”

            “Macam yang boss suruh.”

            Zen kerling orang kanannya. Entah kenapa jawapan itu bagai tak dapat beri kelegaan di dada.

            “Aku nak kau up lagi.”          

            “What?”

            “He got to pay more for what he had done!”

Hunter pandang Zen. Nampaknya lelaki itu benar-benar berang. Tak pernah ada lagi nilai tebusan setinggi dari yang sekarang.

Are you sure, boss?” Hunter nak kepastian.

“Pernah aku main-main?”

“Macam mana kalau dia orang report polis?”

“Habis sebelum ni, polis tak terlibat? And pernah ke kita kena tangkap? Hah? Kalau pernah, dah lama kau orang semua ni kena humban masuk penjara! So, don’t ask me such a bloody fool question! We are Crazier! And nobody could stop us!!”

            Hunter terdiam. Malah seisi rumah turut terkedu dengan suara kuat Zen yang bak halilintar.

Settle esok?” tanya Hunter.

            “No! Aku nak budak tu dikurung lagi.”

            “Sampai bila?”

            “Sampai aku puas!!!”

            Serentak Zen hayun langkah meninggalkan ruang tamu berkenaan.





** WORDS TRANSLATION :-

nggak – tak / tidak
nyaman – selesa
bercanda – bergurau
mau – mahu
lepasin – lepaskan
uang – wang
percuma – tidak berbaloi / useless
langkahi – langkah 



No comments: