Saturday, December 9, 2017

CHAPTER 3 : SEJIWA (Sekuel Bayangan Gurauan)







LINCAH tangannya menyiapkan sarapan di dapur. Hanya juadah ringkas. Sosej bakar, kacang panggang, scrambled egg. Bolehlah dijamah dengan roti nanti. Itu saja yang sempat dibeli waktu keluar makan malam tadi.

Usai masak, Irish membancuh minuman panas. Milo dan gula. Entah kenapa air itu sekarang yang Tengku Harrys minat. Bila buat air lain, lelaki itu akan menolak.

Semuanya gara-gara peristiwa dulu. Ketika pertama kali dia buatkan air tersebut untuk lelaki itu. Sebagai denda katanya. Tapi dari denda, terus jadi suka.

Spontan bibir Irish menguntum senyum.  

“Nak buat air ke nak senyum?”

Irish tersentak. Air panas dari heater lari tersasar dari mulut mug. Habis tumpah atas meja mini bar. Pantas dia menoleh. Empunya suara berdiri betul-betul di belakangnya.

“Harrys!”

“Ya.”

“Suka terkejutkan orang, kan.”

Tengku Harrys ketawa kecil. Duduknya berlabuh di kerusi mini bar depan Irish. “Siapa suruh senyum sorang-sorang.”

“Ma… mana ada.”

“Kalau tak betul, tak adalah merah muka tu.”

Irish pandang Tengku Harrys sejenak. Lelaki ini tahu saja kelemahannya. Dan kalau dia balas, dah tentu-tentu takkan menang.

Kerja yang tergendala sekejap tadi sudahnya disambung semula. Tengku Harrys yang masih merenung, cuma dibiarkan saja.

“Senyumkan apa tadi?”

“Tak ada apa-apa.”

“Teringat kisah lama?”

“Tak.”

“Ke teringatkan saya?”

“Tak.”

“Atau... teringat kes malam tadi?”

Spontan Irish mendongak. “Kenapa dengan malam tadi?”

“Ada orang tu tidur peluk saya macam tak nak lepas.”

Dum!

Jantung Irish terasa macam nak gugur. Fikirnya Tengku Harrys sudah lupa. Tapi pagi ini, ia disebut semula. Dapat dia rasakan wajahnya makin berubah warna. Memori malam tadi kembali berlegar di kepala.

Selesai solat isyak, dia terus rebahkan diri atas katil. Niat hati nak lepas lelah seketika. Penat seharian berjalan di Kota London. Tengku Harrys pula seingatnya berlalu ke ruang tamu menonton televisyen.

Dari nak rehat sekejap, rupanya dia tertidur lansung sampai ke subuh. Sedar-sedar saja, Tengku Harrys dah ada kat sebelah. Terkejut kepalang dirinya bila berada erat dalam dakapan suaminya. Namun lebih terkejut... tangannya lebih erat memeluk tubuh lelaki itu.

“Dah ingat sekarang?”

Pandangan Irish kembali ke depan.

“Nampaknya kenalah saya charges berapa lama awak peluk saya malam tadi.”

“Huh?”

Plus, saya tak dapat tidur lena sepanjang dipeluk. Dan...,”

“Dan apa?”

You have to be responsible on that,” tutur Tengku Harrys selamba sambil berpeluk tubuh. Matanya cerun merenung Irish. Hingga wanita itu tertunduk.

‘Ya ALLAH. Apa kau dah buat ni, Irish?’

Dada Irish mula berdebar tak menentu. Air dalam mug yang kian dingin terus dipandang bersama kepala non-stop fikir sesuatu.

“Irish...,”

“Saya minta maaf.”

I don’t need that.”

“Saya tak sengaja.”

Still not enough.”

“Saya penat sangat. Sampai tak sedar lansung. Dengan cuaca sejuk. Mungkin terpeluk.”

“Terpeluk? Atau sengaja peluk?” bidas Tengku Harrys lagi.

Irish tarik nafas dalam-dalam. Berkira-kira jawapan apa patut disuakan. Salah jawab, habis. Kalau tak jawab, niaya silap haribulan!

Dan entah kenapa dia rasakan Tengku Harrys sedikit dingin pagi ini. Semalam bukan main caring. Ada masalahkah?

I’m still waiting, Irish.”

Irish ketap bibir. Seluruh tubuhnya turut menggigil.

“Ke nak saya datang dekat dengan awak...,”

“Terpeluk atau sengaja peluk, saya tak pasti. Tapi saya rasa selamat dan selesa ada dekat dengan awak.”  

Laju ayat itu meluncur keluar dari mulut Irish. Buat Tengku Harrys terus terdiam. Lama wajah Irish dipandang.

Alright. Kali ni saya maafkan. Tapi kalau berlaku lagi, saya tak jamin saya akan lepaskan,” ujar lelaki itu bak memberi amaran. “Boleh kita breakfast kat balkoni luar? Saya tunggu kat sana.”

Tengku Harrys bingkas bangun. Langkah terus dihayun ke ruang balkoni. Irish pula sekadar mampu memerhati.

Hmmh...

Nampaknya masih banyak yang harus dia selami untuk mengenal unpredictable person itu dengan lebih dalam lagi.



No comments: