Friday, September 5, 2014

BAB 19 : BAYANGAN GURAUAN




                


 
AK masak apa tengahari ni, umi?” tanya Iman sebaik dia melangkah ke dapur. Dilihat uminya sedang memotong ayam di singki manakala adiknya, Irma sedang melakukan kerja di sebuah meja. Sudah menjadi rutin mereka untuk turun ke dapur menolong Puan Qarina memasak setiap kali pulang hujung minggu.

         “Umi ingat nak masak nasi ayam. Budak-budak tu suka betul makan. Sampai licin nasi kat pinggan!”      

“Diorang tu memang suka makan kalau neneknya yang masak. Kalau makan kat luar, jangan haraplah. Tak adanya nak habis, umi!”

          “Hmm, betul kata alang tu. Bukan takat cucu umi je, anak menantu umi pun hantu nasi ayam jugak tau!” akui Iman. Dia kemudiannya menyertai Irma melakukan kerja-kerja mengupas dan memotong bahan-bahan untuk masakan. Minit berselang, kelibat Safiya pula muncul untuk membantu ibu mertuanya setelah menidurkan Izmie.

            “Irish mana, umi? Tak nampak dari tadi.” Safiya bertanya. 

            “Irish keluar dah pukul 10.00 tadi. Katanya nak jumpa kawan.”
            “Keluar jumpa kawan? Siapa umi? Lelaki ke??” pantas sahaja Irma bertanya.

        “Ishh! Tak adalah. Dia pergi jumpa Ira. Dah lama tak jumpa katanya,” balas Puan Qarina. Sememangnya Athirah dikenali oleh keluarga mereka kerana kerap berkunjung ke sini. Memandangkan keluarganya berada jauh di Melaka, jadi dengan merekalah tempat gadis itu menumpang kasih bagi melepaskan rindu pada keluarganya.

            “Oh, jumpa Ira. Ermm... Irish ada cakap apa-apa ke dengan umi?”

            “Cakap apa, lang?”

         “Yelah. Kut dia ada cakap berkawan dengan sesiapa ke sekarang. Maksud alang, dengan lelaki.” Irma menjelaskan maksud pertanyaannya.

“Eh, bukan alang yang rapat dengan Irish ke? Patutnya alanglah yang lebih tahu!”

           “Hmm, memanglah rapat. Tapi macam angah tak tahu si Irish tu. Manalah dia nak cakap hal tu dengan orang. Tapi manalah tahu dengan umi dia ada share apa-apa.”

          Puan Qarina yang begitu tekun memotong ayam, terus terhenti kerjanya. Dia membasuh tangan lalu melabuhkan duduk di meja bersama yang lain. “Tak adalah pulak Irish beritahu dengan umi pasal tu. Cuma, hari tu adalah juga along kamu cakap...,”

       “Ha, along cakap apa umi?!” belum sempat Puan Qarina menyudahkan ayat, Irma sudah memotong percakapannya. Spontan lengannya ditepuk Iman.

            “Hishh! Kalau ya pun sabarlah sikit, lang! Umi belum habis cakap kau dah potong!”

            “Sorry. Excited nak tahu!” Irma menyengih. “Ceritalah umi. Along cakap apa?”

            “Tak adalah apa sangat. Cuma along cakap dia ada bersembang dengan Irish pasal hal ni. Irish cakap, hatinya belum terbuka lagi untuk bercinta balik. Dan dia jugak cakap, dia tak layak untuk bercinta lagi dengan mana-mana lelaki pun.”

            Mendegarkan kata-kata itu, semua yang ada di situ terdiam. Dalam menahan, gugur jua setitis airmata ibu di pipi Puan Qarina.

            “Umi, sabarlah. Insyaallah, Irish akan jumpa dengan jodohnya nanti. Kita doakan untuk dia, ya?” Safiya menyentuh tangan Puan Qarina, cuba memujuk ibu mertuanya itu.

            “Betul kata Kak Long tu, umi. Kita sama-samalah doakan yang terbaik untuk Irish. Angah tahu Irish tu kuat walaupun selama ni kita tengok dia banyak diam.”

“Hmm... yelah. Kita doa sama-sama. Eh, dahlah. Sambung kerja tu. Asyik berborak je kang tak berasap dapur tengahari ni!” tutur wanita itu sambil berlalu ke singki untuk menyudahkan kerjanya yang tertangguh.  



IRISH meletakkan keretanya di tempat parkir. Hari ini dia telah berjanji untuk bertemu Athirah setelah lama tidak berjumpa. Kali terakhir adalah dua bulan yang lalu sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan seuniversiti. Niat hati ingin menjemput gadis itu di rumah sewanya sahaja. Tetapi Athirah menyarankan agar mereka bertemu di sebuah tempat memandangkan dia telah keluar lebih awal dengan teman serumahnya.

Langkah kaki diatur memasuki sebuah cafe yang terletak di tengah Bandaraya Shah Alam. Sebaik sahaja duduk, Irish memesan minuman untuk membasahkan tekaknya yang terasa kering. Baru beberapa minit duduk dilabuhkan, telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi.

           “Assalamualaikum, cik adik. Kat mana tu?” sapa Irish sebaik panggilan dijawab.

           “Waalaukumussalam. Aku dah nak sampai area cafe ni. Kau kat mana?”

           “Aku dah masuk dalam. Nanti kau masuk je terus ke kiri. Dari situ kau dah boleh nampak aku. Cepat datang. Aku tunggu. Jangan melencong ke mana-mana dulu.”

            “Yelah, maam! Sekarang jugak aku datang! See you around two minutes.”

          Irish meletakkan telefon bimbitnya kembali. Sementara menanti Athirah, dia menghilangkan dahaganya sambil memerhatikan sekeliling. Hari Ahad begini agak ramai juga pengunjung yang datang. Ada yang bersama keluarga, teman-teman, pasangan masing-masing dan tidak kurang juga ada yang hanya bersendirian sepertinya di kala ini.

            “Hey, termenung!” sergah satu suara sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan Irish sebelum duduk menghadap gadis itu.

            “Mana ada. Saja tengok-tengok orang kat sini. Tunggu kaulah lama sangat.”

            “Ya ke lama?” Athirah jadi tidak senang duduk.

            “Adalah dalam satu jam.”

       “Hah?! Kau biar betul, Rish?” Pantas Athirah menarik muka Irish untuk memandangnya. Bimbang jika benar Irish telah menunggunya sebegitu lama. Namun hanya beberapa saat, Irish kemudian tergelak.

         “Kau kenakan aku, ya!” tingkah Athirah. Pantas lengan Irish dipukul. Bibirnya diketap menahan geram melihat Irish masih terus dengan tawanya.

 “Kan? Tulah, selalu bukan main lambat lagi. Suka buat aku tertunggu sorang-sorang. Hari ni, amacam? Best tak kena penangan aku sesekali?”

            “Amboi, amboi! Sukanya dia gelakkan orang! Tak apa, tak apa. Hang tunggulah nanti kalau turn hang, aku gelakkan puas-puas!”

         “Okay, okay okay! Tak gelak dah. Aku tutup mulut!” Pantas Irish menutup mulutnya agar berhenti dari ketawa. “So, what’s your plan for our date today?

          “Ermm... aku ingat lepas ni nak ajak kau pergi shopping sikit. Lepas tu kita tengok wayang. Cerita best! Okay tak?” Athirah menjelaskan perancangan untuk hari ini.

“Aku ikut je. Tapi makanlah dulu kat sini. Ke kau tak lapar?”

          “Mahu tak lapar! Pagi tadi pun aku tak sempat breakfast, kau tahu? Housemate aku tulah. Pagi-pagi dah ajak aku temankan dia pergi cari barang.”

            “So, tunggu apa lagi? Orderlah.”

“Habis kau? Takkan minum air je kut! Kau jangan tak nak makan, Irish. Pengsan kang nanti, tak larat aku nak angkat!”

“Ya. Aku pun nak order sekalilah ni.”

            Sejurus itu Athirah memanggil pelayan untuk memesan makanan. Hanya dalam setengah jam barulah mereka dapat mengisi perut yang sememangnya sudah terasa lapar.

          “So far macam mana dengan kerja kau? Okay?”

          “Okaylah, Rish. Cuma stress sikit. Biasalah. Kerja bank, kan. Tak boleh tangguh-tangguh. Hari tu jugak nak kena settled. Dengan menghadap customernya lagi.” Athirah bercerita tentang kerjanya sebagai eksekutif di salah sebuah bank di Shah Alam. “Kau?”

            “Okay. Cuma...,” kata-kata Irish terhenti di situ, menyebabkan Athirah yang sedang menyedut minuman mengangkat wajahnya serta-merta.

            “Cuma apa?”

            Pertanyaan Athirah itu dijawab Irish dengan satu keluhan. Gusar hatinya memikirkan hal yang satu itu.

            “Kau ni kenapa, Rish? Kalau ada apa-apa masalah, ceritalah dengan aku.”

            Namun Irish terus-terusan membisu. Melihatkan itu, Athirah segera mengalihkan pinggan dan gelasnya ke tepi sebelum memberi tumpuan pada gadis di hadapannya. “Cepatlah cerita. Aku dengar ni.”

            Irish menarik nafas, mencari sedikit ruang sebelum menyambung bicara. “Kau ingat lagi tak aku pernah cerita yang aku terlanggar orang dulu?”

          “Yang dua kali tu? Yang kau cakap kau cuma minta maaf tapi tak sempat nak pandang muka orang tu sebab nak cepat?”

            Irish mengangguk. “Baru-baru ni aku ada terlanggar orang lagi.”

        “Hmm? Dah jadi tiga kalilah ni? So, apa masalahnya sekarang? Apa kena-mengena kes tu dengan kerja kau? Dan bukannya tiga-tiga insiden tu orang yang sama kau langgar, kan? At least kau dah minta maaf. Cuma tak sempat nak pandang muka diorang je sebab kau memang nak kejar masa time tu.”

“Memang masalah pun, Ira. Yang tiga kali aku terlanggar tu, orang yang sama.”

            Membulat mata Athirah memandang Irish. Sedikit kaget. “Kau biar betul, Rish?!”

            “Hmm... betullah.” Balas Irish lemah.

            “Mana kau tahu tiga kali kau langgar tu orang yang sama?”

            “Sebab orang yang aku langgar tu anak big boss aku.”

         “Hah??!” Athirah terlopong. Kali ini dia benar-benar terkejut. Duduknya yang sedikit santai tadi sudah menegak memandang ke arah Irish kini.

            “Tutuplah sikit mulut tu. Kang masuk pulak lalat.” Irish masih sempat bergurau sambil tangan kanannya menutup mulut Athirah. Namun cepat-cepat gadis itu menepis.

           “Jap! Kau cakap yang kau langgar tu lelaki, kan? Anak big boss kau. Setahu aku anak big boss kau yang lelaki, sorang tu jelah. Kawan along kau. Yang lain perempuan, kan?” Athirah inginkan kepastian. Memang Irish ada menceritakan padanya tentang keluarga majikannya itu. Jadi secara tidak lansung dia mengetahui serba sedikit tentangnya.

          “Tengku Haiyan ada sorang lagi anak lelaki. Adik pada Tengku Hafiy. Baru balik dari oversea. Aku pun baru tahu masa semua staff dok sibuk bercerita time dia balik Malaysia hari tu. Dan sekarang, anak lelaki dia kerja kat syarikat tu.”

           “Ha! don’t tell me anak big boss kau tu yang bagitahu sendiri pasal semua ni, Irish?” duga Athirah. Sekali lagi Irish menganggukkan kepalanya tanda mengiakan.

              “Memang ya pun. Parah aku macam ni, Ira!”

            Serentak itu ketawa Athirah kedengaran. Gelihati mendengar jawapan Irish. Orang-orang di sekeliling yang memandang ke arahnya lansung tidak dipedulikan. Lama gadis itu melayan gelak hingga akhirnya dia mengesat airmata yang keluar dek terlalu asyik ketawa.

            “Amboi! Senangnya hati dia ketawakan orang. Tadi kata nak dengar masalah. Sekarang bukan main suka ketawakan orang, ya!”

            “Kan aku dah cakap. Tadi kau seronok ketawakan aku, kan. Sekarang, turn akulah gelakkan kau puas-puas!” Athirah menyambung kembali tawanya.

            “Bangunlah macam ni.”

            “Eh, janganlah merajuk! Okay, okay. Aku stop!” pantas Athirah menarik tangan Irish sebelum sempat gadis itu bangun. Ketawa yang masih berbaki segera dihentikan. “Jadi, memang betullah tiga-tiga kali yang kau terlanggar tu anak big boss kau?”

“Ya.”

So, macam mana?”

            “Macam mana apa?”

            “Yelah. Macam mana anak big boss kau tu? Err... siapa namanya?”

            “Tengku Harrys.”

            “Ha, macam mana reaksi Tengku Harrys tu masa bagitahu pasal semua ni kat kau? Dia marah ke? Atau mengamuk?”

           “Biasa je. Tak ada nampak marah. Tu yang aku rasalah. Tapi dalam hati dia aku tak tahu sebab masa dia bagitahu tu dia terus pergi macam tu je.”

            “Ha... tu maknanya dia tak marahlah tu. Dia okay kut. Kau jangan risaulah!”

            “Mana kau tahu? Tahu tak, masa dia bagitahu tu dia minta aku buatkan air. Lepas dapat je air, dia terus cakap terima kasih dan anggap itu sebagai denda sebab tiga kali aku langgar dia, tiga kali tu jugak aku minta maaf tapi tak pandang muka dia.”

            Sekali lagi ketawa Athirah pecah. Kali ini lebih kuat.

            “Kau janganlah gelak, Ira! Aku tengah risau ni. Tu baru dia suruh buat air. Lepas ni tak
 tahulah macam mana. Agaknya lagi teruk dari tu.” Irish meluahkan kerisauannya. Bagai hendak menangis saja rasanya dia saat ini.

         “Sabarlah, Rish. Tak ada apa-apalah! Dia saja je tu nak menyakat kau. Tulah, lain kali kalau jalan sorang-sorang tu pandang depan. Ni tak, asyik tunduk bawah je!” tingkah Athirah sedikit geram. “Tapi kan Rish… handsome tak Tengku Harrys tu?”

            Mata Irish membulat. “Kan? Kau memang suka kalau bab-bab macam ni, kan?”

            “Saja je aku nak tahu. Cakaplah, handsome tak dia?” Athirah teruja ingin tahu.

            “Hmm... bolehlah.”

            “Dengan abangnya, lagi handsome siapa?”

            “Entah. Dua-dua kut.” Irish menjawab sambil lewa.

“Ya ke?? Hmm... menarik!”

            “Apa yang menarik?”

        “Kalau aku jadi kau, tak kisahlah Tengku Harrys tu nak suruh aku buat apapun untuk dia. Manalah tahu, something interesting is going to happen.” Athirah tersenyum sambil mengangkat-angkat keningnya.

“Apa maksud kau?”

“Tak ada apa-apalah. Dah masuk waktu Zohor ni. Kita solat dulu jom! Then we start our date today!”

Athirah bingkas bangun dari duduknya. Namun bibirnya masih menguntum senyum. Bagai menyimpan maksud yang tersirat di sebalik kata-katanya sebentar tadi.
   

No comments: