Wednesday, August 17, 2016

BAB 19 : BAYANGAN GURAUAN (UPDATED VERSION)






P

AGI itu telah diadakan satu mesyuarat kecil oleh Tengku Hafiy selaku CEO syarikat dengan semua pegawai-pegawainya dari setiap jabatan. Tidak ketinggalan Tengku Harrys dan Irish juga turut ada bersama. Mesyuarat yang berlansung selama lebih kurang satu jam setengah itu hanya berakhir pada pukul 11.15 pagi.
            “Baiklah, semua boleh bersurai. Cuma saya minta construction and finance department untuk tinggal sebentar. Ada sedikit tak
limat yang saya ingin berikan.”
            Mendengarkan arahan tersebut, semua yang ada mula bersurai.
            “Alright. Saya nak maklumkan tentang satu tugasan luar yang akan kamu semua hadiri,” jelas Tengku Hafiy memulakan taklimatnya sebaik yang lain beredar keluar. Semua yang ada di situ berpandangan sesama sendiri.
            “Tugasan luar? Ke mana, Tengku?” soal Henry, salah seorang jurutera syarikat.
            “Kamu semua diminta melawat tapak projek pembinaan hotel lima bintang di Johor Bahru. It’s emergency. Saya baru terima berita yang mengatakan ada sedikit masalah dengan projek tu. Isn’t it, Saiful, Hazman?”
            “Yes, Tengku!” sahut Encik Saiful dan Encik Hazman serentak. Sebagai ketua jurutera Haiyan Holdings, Encik Saiful merupakan salah seorang yang memantau projek itu dari sini. Walhal dalam sebulan, pasti dia akan turun ke sana bersama Encik Hazman selaku ketua arkitek syarikat untuk memastikan projek pembinaan tersebut berjalan lancar.
            “For your information, pembinaan untuk fasa ketiga projek tu ada sedikit masalah yang mana ia telah ditimbulkan oleh salah seorang pegawai kita di sana. Beliau sudah pecah amanah pada wang syarikat. Akibatnya, bangunan fasa ketiga yang dah dua puluh lima peratus siap tu mengalami keretakan dan sebahagiannya telah runtuh semalam.”
            “Apa??!” beberapa suara kedengaran terkejut menerima berita itu.
            “Terkejut bukan? Saya sendiri tak percaya bila dapat berita ni pagi-pagi tadi. Tapi nak tak nak, kamu kena percaya jugak.” Tengku Hafiy menambah lagi. “Jadi sekarang, kamu semua telah diarahkan oleh Tengku Haiyan untuk pergi ke sana. Siasat masalah-masalah yang timbul dan selesaikan semuanya secepat yang mungkin. Kita dah tak banyak masa, guys! Client nak kita siapkan projek tu mengikul tempoh yang dah ditetapkan.”
           “Bila kami kena pergi, Tengku? Dan berapa hari?” soal Encik Naufal pula.
“Esok. Berapa hari tu saya tak pastilah. Bergantung pada keadaan. Kalau semua masalah cepat diselesaikan, cepatlah kamu balik. Tapi saya diberitahu Encik Naufal juga akan menghadiri seminar penting di Melaka hujung minggu ni, bukan?”
Seraya itu Encik Naufal menganggukkan kepalanya.
Okay, beliau akan dikecualikan. Jadi, Puan Faridah dan Irish yang akan follow Tengku Harrys ke sana untuk selesaikan masalah berkenaan kos projek. Encik Saiful, Encik Hazman dan Mr. Henry, macam biasalah. Kalau bangunan tu sampai dah runtuh macam tu, memang banyaklah yang kamu kena selesaikan. Especially regarding the materials and suppliers. That’s very very important! Setakat ni ada apa-apa masalah?”       
Pertanyaan Tengku Hafiy itu disambut dengan gelengan dari mereka. Semuanya seakan patuh dengan arahan yang telah diberikan.
“Baiklah, kalau tak ada apa-apa semua boleh bersurai. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar sepanjang kamu berada di sana. Harrys?”
Yes.”
“Kali ni abang tak boleh nak ikut. Ada mesyuarat penting dengan Kementerian. Jadi, abang letak sepenuhnya tanggungjawab pada kau untuk selesaikan kes ni. Dan jangan lupa, sebagai leader kau kena jaga mereka semua ni sepanjang berada kat sana. Make sure everything could be solved and the project is running smoothly as usual.
 “InshaaAllah,” balas Tengku Harrys ringkas.
Good. Itu saja yang saya nak maklumkan. Semua boleh bersurai. Jumpa lagi dalam mesyuarat lain sekembalinya kamu semua ke sini,” ujar Tengku Hafiy mengakhiri taklimat itu sebelum mereka semua keluar dari bilik meninggalkan dia dan Tengku Harrys berdua di situ. 
“Tengah hari ni kau lunch dengan siapa?” tiba-tiba Tengku Hafiy bersuara.
“Sorang je. Kenapa?”
“Jom lunch dengan abang. Abang pun tak ada appointment tengah hari ni.”
Okay,” balas Tengku Harrys spontan lalu bangkit dari kerusi. “See you this afternoon.” Langkahnya terus diatur menuju ke pintu sebelum menapak keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

**********

SEPERTI yang dijanjikan, dua beradik itu keluar makan tengahari bersama. Tepat jam 1.00 petang, kelibat Tengku Hafiy sudah terpancul di muka pintu bilik adiknya.
            “Dah belum, Rys? Jom. Lapar dah ni!” Tengku Hafiy menyapa adiknya yang masih menghadap skrin komputer. Serentak itu juga Tengku Harrys bangun lalu mencapai kunci keretanya di atas meja.
Alright. Let’s go. I’ll drive!”
Dua beradik itu beriringan menuju ke tempat letak kereta yang terletak di hadapan bangunan Haiyan Holdings.
“Nak makan kat mana ni?” Tengku Harrys bertanya pada abangnya sebaik kereta memasuki jalanraya.                                                                                                                                                  “Mana-mana jelah. Janji perut boleh isi.”
Tengku Harrys tidak bertanya lanjut. Terus sahaja pemanduannya dihalakan ke sebuah restoran Melayu yang menyediakan juadah masakan kampung. Lapan tahun berada di bumi asing, tekaknya sudah jemu dengan makanan barat. Jadi bila sudah berada di sini, waktu untuk dia kembali semula pada asal-usul keturunannya.
‘Adat resam orang Melayu jangan sesekali dilupakan walau sejauh mana pun bumi asing kita jelajah.’
Itu antara kata-kata pesanan dari papanya untuk mereka adik-beradik. Memang Tengku Haiyan tidak mahu anak-anaknya hanyut dengan cara dan budaya luar. Pergilah ke mana sahaja anak-anaknya mahu pergi. Tetapi adat dan budaya sebagai orang Melayu serta ajaran Islam jangan sekali-kali dibuang. Harus sentiasa dipegang.
            “Boleh abang tanya sikit?” Tengku Hafiy memecah kesunyian antara meraka.
            “Tanya jelah. Apa dia?”
            “Hati kau masih belum terbuka lagi ke?”
            “Terbuka? Terbuka untuk apa?”
            “Perempuan.” Spotan jawapan itu keluar dari mulut Tengku Hafiy. Rasanya sudah tiba masa untuk dia menyelami hati lelaki ini. Pusing kepala dia memikirkan, lebih-lebih lagi bila mamanya selalu menyuruhnya agar berbincang dengan Tengku Harrys mengenai perkara tersebut. Namun seperti biasa adiknya hanya menyepikan diri.
            “Bila lagi, Rys?” Tengku Hafiy menyoal lagi apabila tiada jawapan yang keluar dari mulut adiknya.
            “Nantilah.”
            “Nanti tu sampai bila? Umur kau sekarang pun dah dua puluh sembilan tahun. Nak kata poket kosong, rasanya poket kau lagi tebal dari abang dengan kerja kat UK tu. Petik jari je kau boleh beli semuanya, kan. Dulu bolehlah kau bagi alasan nak fokus pada career dulu. Sekarang dah tak boleh nak bagi alasan tu dah. Lagi-lagi dengan mama. Ni... telinga abang ni yang penat kena leter dengan mama sebab kau, tahu tak?”  
            Mendengarkan kata-kata abangnya itu, spontan ketawa Tengku Harrys terhambur.
            “Tengok? Orang cakap dia boleh ketawa pulak! Kat UK dulu takkan tak jumpa sesiapa?”
            “Tak berminat.”
            Sudah terjangka oleh Tengku Hafiy. Itulah jawapan yang selalu akan diberikan. “Habis tu, sampai bila-bila pun takkan jumpalah kalau macam tu.”
            “Nantilah, bang. Kalau ada jodoh, adalah. InshaaAllah.”
            Spontan Tengku Hafiy menoleh. “Dah ada ke?”
            “Apa yang dah ada?”
            “Calonlah. Bunyi macam dah ada je!” duga Tengku Hafiy. Namun dilihat adiknya di sisi hanya tersenyum. Soalannya juga dibiarkan berlalu tanpa sebarang jawapan.
            “Hmm... kalau dah ada baguslah. Tak adalah kau dengan abang-abang ni sekali kena berleter dengan mama lagi. Tapi, kalau belum ada...,” ayat Tengku Hafiy terhenti di situ.
            “Kenapa kalau belum ada?” Tengku Harrys menjeling sekilas abangnya di sebelah.
            “Siap-siap jelah. Mama tu dah get ready je nak carikan calon isteri untuk kau!” selamba Tengku Hafiy menjawab. Ingin melihat reaksi dari Tengku Harrys. Namun adiknya itu kelihatan tenang sahaja.




            Dan kereta BMW 6 Siries Coupe berwarna Tanzanite Blue itu terus meluncur laju menuju ke destinasinya.

**********

SURAH Yassin yang baru selesai dibaca perlahan ditutup. Doa lalu dititipkan sebagai melengkapi bacaannya. Pohonnya pada yang Esa agar dipermudahkan segala urusan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Juga moga seluruh hidup ahli keluarganya dilimpahi rahmat serta keberkatan oleh-Nya. Habis itu, dia duduk berteleku di atas tikar sejadah. Merenung jauh masa depan yang bakal ditempuhinya nanti. Dan akhirnya gadis itu mengeluh sendiri.
Irish bangun dan menyidai kembali telekung serta sejadah ke tempat asal. Kemudian dia beralih ke katil dan melabuhkan duduk di situ. Bagasi sederhana besar di atas katilnya direnung sepi. Esok dia sudah mahu berangkat ke Johor Bahru. Namun satu apapun dia belum berkemas lagi. Entah mengapa kali ini dia terasa berat untuk pergi sedangkan bukan dia tidak biasa dengan kerja luar seperti ini. Cuma kali ini perasaannya sedikit resah bila memikirkan Tengku Harrys akan turut serta.
Tengku Harrys. Menyebut nama lelaki itu sahaja bagai mahu terkeluar rasa jantungnya. Itu belum lagi dengan renungan tajamnya setiap kali mereka bertemu. Dapat dirasakan bara kemarahan lelaki itu dari setiap pandangan matanya. 
 “Kenapalah mesti dia yang aku langgar? Dalam ramai-ramai lelaki kat Malaysia ni, kenapa mesti dia? Tengoklah sekarang. Daripada tak ada musuh, tiba-tiba ada orang yang tak senang dengan kau kat syarikat tu. Padan dengan muka kau, Irish. Padan muka! Padan! Padan!” Irish berbicara sendiri sambil menampar-nampar kedua pipinya melepaskan geram. Luggage di hadapan dipandang kembali. Nak tak nak terpaksa juga dia pergi. Satu arahan yang tidak mungkin dapat dia bantah. Dengan lemah, Irish melangkah menuju ke almari pakaian dan mula mengemas barang-barang yang perlu dibawa untuk beberapa hari yang dia sendiri tidak pasti.
“Harap-harap tak adalah lama. Kalau tak, boleh menangis aku macam ni. Aduh, kenapa susah hati betul rasanya ni!” Irish mengomel lagi. Tangannya yang sedang melipat baju juga terhenti. Dadanya disentuh. Dapat dirasakan degup jantungnya bergerak laju.
“Ishh! Tak ada apa-apa kut. Kau ni Irish, suka sangat fikir yang bukan-bukanlah!” kali ini Irish menepuk-nepuk dahinya pula. Setelah memastikan semua barang-barang keperluannya telah dibawa bersama, dia menutup zip luggage tersebut.
“Ya Allah, minta-mintalah Tengku Harrys baik hati kali ni. Tak ada nak buli-buli aku ke kat sana nanti. Amin!”
Luggage yang sudah terisi kemudian disandarkan di dinding bersebelahan almari. Jarum jam ketika ini menunjuk ke angka 10.00 malam.
‘Masih awal lagi.’
Lantas gadis itu membuka komputer ribanya, ingin menyiapkan sedikit tugasan memandangkan dia tidak akan masuk ke pejabat untuk beberapa hari. Sekurang-kurangnya bila pulang nanti tidaklah banyak kerja yang tertangguh.
Ting! Irish sedikit kaget bila tetingkap yahoo massengernya berbunyi saat tumpuan diberikan sepenuhnya pada fail-fail laporan di atas meja.

Nazmi Jauhari :    Assalamualaikum.. Hai cute! Sihat?  
Irish Izz :   Waalaikumussalam.. Hai Nazmi! Saya sihat.. Awak?
Nazmi Jauhari :   Saya pun okay.. Apa news sekarang?
Irish Izz :   Macam biasa je.. Sibuk sikit dengan kerja.. How about you?
Nazmi Jauhari :   Saya tengah final exam sekarang.. So, tengah study ni..
Irish Izz :   Tengah study? Tapi sempat hadap komputer lagi?
Nazmi Jauhari :  Sambil-sambil.. Bosan la asyik hadap buku 24 jam.. Kalau macam ni, dapat
relax sikit.. Lagi-lagi dapat chatting dengan awak..
Irish Izz :    Yelah awak tu.. So, bila habis exam? Dan bila balik Brunei?
Nazmi Jauhari :  InshaaAllah dalam akhir bulan ni.. But next two weeks after that baru balik Brunei sebab nak round-round dulu dengan kawan-kawan kat sini..
Irish Izz :   Ai! Inda rindu sama buah hati ke balik lambat?
Nazmi Jauhari :  Inda la.. Rindu jua.. Tapi lepas ni boleh jumpa terus.. Inda payah risau! You know what? Satu hari nanti saya mahu kenalkan awak pada dia.. Dia juga teringin jumpa awak..
Irish Izz :  Hmm? Dia kenal saya?
Nazmi Jauhari :  Yup! Saya ada cerita tentang awak pada dia..
Irish Izz :   Awak tak takut ke dia marah?
Nazmi Jauhari :  Inda payah risau la! Dia sangat-sangat sporting.. Irish?
Irish Izz :   Ya..
Nazmi Jauhari :   Saya harap masa tu awak juga sudah jumpa pengganti..

Irish terdiam. Tidak tahu apa yang harus dikatakan. Rasa sebak mula bertandang.

Irish Izz :   InshaaAllah.. Doakan saya..
Nazmi Jauhari :  Saya selalu doakan yang terbaik untuk awak.. Harap awak bertemu jodoh yang lebih baik suatu hari nanti.. Kuatkan semangat!
Irish Izz :   Thanks, Nazmi..
Nazmi Jauhari :   Most welcome.. Okaylah, saya tak nak kacau awak lama-lama.. Next time kita borak lagi.. Atau mungkin masa tu kita borak face to face, siapa tahu.. Awak jaga diri elok-elok.. Kalau ada apa-apa masalah, terus cari saya.. Bye sweet girl!   

Irish tergelak sendirian dengan kata-kata akhir lelaki itu. Ada sahaja modal Nazmi untuk membuatnya ketawa. Irish hanya mengemas meja setelah kerja-kerjanya selesai. Setelah itu dia berlalu ke katil dan merebahkan badan ke tilam. Dalam pada itu sempat kepalanya berfikir bagaimana dia harus menempuh hari yang bakal menjelang esok mengenangkan Tengku Harrys sentiasa ada bersama. Mampukan dia? Bagai terbayang-bayang renungan tajam lelaki itu di matanya. Mujurlah Kak Faridah turut serta. Kalau tidak, nahas juga dirinya.
“Isshh!” Irish meraup wajah beberapa kali. Bagai ingin membuang segala resah dan gelisah yang bertandang. Malas mahu melayan terus emosinya, gadis itu cuba memejamkan mata. Dan entah bila dia sudah terlena di kala malam sudah merangkak ke pagi.


No comments: